Followers

Monday, March 21, 2011

@bah izz dlm kenangan..takziah wat keluarga allahyarham..

as'salam buat semua pengunjung ituaku@mel..& khas wat semua warga KBU...


Hari ni genap seminggu abah_izz kembali ke rahmatullah. Abah_izz telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Isnin bersamaan 14 Mac 2011 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu pada pukul 12.30 tengah hari di hadapanku, isteri dan ditemani bondanya serta ayahanda mertuanya.

Baru hari ini aku, isteri arwah memiliki kekuatan untuk berkata-kata di blog abah_izz yang sudah lama tidak berupdate semenjak serangan penyakit yang menimpa arwah. Semuanya sudah tertulis dan tersurat untuk ku dan anak-anakku. Apa yang mampu ku lakukan adalah berdoa semoga arwah suamiku tercinta ini ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Aku redha dan pasrah di atas pemergian abah_izz yang tidak ku sangka secepat ini......Al-fatihah

__________________________________________________________________________________

buat warga KBU. mungkin ada yg ingat papa khai pernah sebut nama @bah izz idola blogger papa khai satu masa dulu kt cit cat.. berasal dr perak bekerja di kuala terangganu..

papa khaii pernah jemput dia untuk joint KBU kt shoutmix blog dia.. namun x berbalas..
papa khai tinggai komen x berjawab. selalunya dia akan jwb  semua komen @ chat dr papa khai..
dia mmg ngam ngn papa khai..

InsyaAllah klu x dak aral melintang papa khai akan p jumpa dia dlm bulan 5 nih untuk p candat sotong bersama..dia dah janji nk aturkan suma ttg bot & sebagainya.. tapi...

Allah S.W.T dah jemput dia dulu..

saat papa khai wat N3 ni mmg sentap sgt.. papa khai tiap2 hari akan p jengah blog dia. tp sejak kebelakangan nih papa khai tgk blog dia x berupdate.. dia bz.. tp papa khai tersentap ngn N3 terakhir ni...

ermmmm..

tak tau nk cita apa dah sentap sgt..

wat suma yg nk ziarah blog dia boleh klik SINI

Al-fatihah buat Allahyarham @bah izz.. salam takziah buat keluarga beliau..

as'salam...

2 comments:

nora amila ghazali said...

sabar ya papa.. tuhan dah menentukan segalanya..

CikTomyam said...

al-fatihah....kematian itu pasti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...