Followers

Saturday, May 28, 2011

meLALAT..

as'salam suma pengunjung ituaku@mel..

ermmm semenjak 2 3 menjak ni mood nak update dah kureng..
rasa nk berblogging pon dah maleh...

ermmm...nk cita apapon da x da idea...

meh la jemput suma layan nih...



yg ni pon nk enterframe gak la...





suma2 photo ni di tembak dgn mggunakan kit lens..18-55mm.. klu guna macro hasil dia x tau la cammna... diedit ngn mggunakan KEDAIGAMBAR cs3 untuk brightness & contrast..

okies suma2,
as'salam jumpa lg nnti..

Monday, May 23, 2011

Fothografi dlm perspektif islam...

As'salam suma wat pengunjun ituaku@mel....

N3 kali nih aku just nk share something yg aku jumpe mase lepak2 kat salah satu group yg aku follow DSLRMalaysia kat FB..

jemput suma2 baca ek....

sekadar hiasan.
MELALUI gambar kita cepat mengenali seseorang, lebih-lebih lagi dari sudut wajah yang bukan saja memantulkan ketampanan dan keayuan, malah melukiskan watak serta sikap individu terbabit. Bagi sesetengah pihak seperti selebriti dan ahli politik, gambar memainkan peranan penting khususnya dalam meraih populariti, tetapi pada masa sama, gambar juga men jatuhkan maruah seseorang dalam sekelip mata. Secara umum gambar adalah satu medium komunikasi yang sangat berpengaruh dan kerana itu hari ini kita dibanjiri dengan pelbagai jenis dan bentuknya, termasuk yang bersifat fitnah, kurang sopan dan berunsur lucah. Bagaimanapun, Islam mengharamkan gambar kurang sopan dan berunsur lucah, tidak kira ia datang dalam bentuk apa sekali pun, sama ada hasil daya kreativiti melalui kemahiran tangan, media cetak mahupun elektronik. Tetapi apakah pengharaman mengenainya terhenti setakat itu saja? Bagaimana dengan yang lain, misalnya gambar dihasilkan melalui teknik fotografi, lukisan potret, anak patung mainan dan ukiran berupa makhluk?


Al-Bukhari dan Muslim ada meriwayatkan hadis daripada Aisyah r.a yang berkata: “Rasulullah s.a.w kembali dari pelayaran dan saya menutup sehelai kain di dinding yang padanya ada gambar lukisan.
“Apabila Rasulullah s.a.w melihat gambar itu, serta-merta bertukar warna wajahnya, lalu berkata: ‘Wahai Aisyah! Se berat-berat seksa yang diterima oleh seseorang daripada Allah pada hari kiamat ialah orang yang
cuba meniru rupa makhluk Allah.’
“Selepas mendengar ancaman Rasulullah itu saya pun mengambil kain lukisan itu dan saya potong-potongkan untuk dijadikan kain alas bantal.”
Menurut Abdullah Nasih Ulwan dalam buku Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, hadis terbabit menunjukkan peng haraman gambar dan patung, sama ada ia berbentuk, ber bayang, dibuat untuk diagungkan atau tidak kerana semua itu penyerupaan dengan penciptaan Allah.



Cuma, katanya, yang dikecualikan daripada gambar tadi iaitu melukis gambar seperti pohon dan rumah iaitu yang tiada roh padanya.

Ini sebagaimana diriwayatkan al-Bukhari daripada Said bin Abul Hasan, katanya: “Pernah pada suatu hari aku berada di majlis Ibnu Abbas r.a, tiba-tiba datang kepadanya seorang lelaki lalu berkata: ‘Hai Ibnu Abbas! Sesungguhnya aku ini, mata pencarianku daripada kerja seni tanganku dan aku membuat gambar-gambar dan patung-patung itu, apa ka tamu?’



Lalu Ibnu Abbas menjawab kepada orang yang bertanya itu: “Aku tidak akan memberitahumu melainkan apa yang aku sendiri mendengar daripada Rasulullah s.a.w sebagai ja wapanku.

“Aku mendengar baginda berkata: ‘Sesiapa yang meng gambar suatu gambar (patung yang berjisim), sesungguhnya Allah akan menyeksanya sehingga dia dapat meniupkan roh padanya sama sekali.’”
Mendengar jawapan Ibnu Abbas, orang itu kelihatan sangat gelisah kerana tidak senang mendengar jawapan terbabit dan berasa tersinggung.

Ibnu Abbas berkata lagi kepadanya: “Celaka engkau! Ki ranya engkau mesti menggambarkan atau melukis juga, buatlah gambar-gambar pepohon, gambar pemandangan dan apa saja gambar yang tidak mempunyai roh.” (Hadis riwayat Bukhari)



Menurut Abdullah, dibenarkan juga daripada jenis patung permainan untuk kanak-kanak kerana tiada padanya tujuan untuk mengagungkan atau menimbulkan bangga diri dan sombong.


Ini sebagaimana diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim da ripada Aisyah, Ummul Mukminin r.a yang berkata: “Dahulu pernah aku bermain anak-anak seperti juga anak-anak pe rempuan yang lain di sisi Rasulullah s.a.w.
“Kemudian datang kepadaku teman-temanku dan mereka sentiasa bersembunyi daripada Rasulullah s.a.w kerana takut kepadanya, padahal Rasulullah berasa gembira melihat me reka datang untuk bermain-main denganku.”



Di dalam riwayat Abu Daud pula, Nabi s.a.w berkata kepada Aisyah suatu hari: “Apa ni?” Jawab Aisyah: “Ini anak-anak perempuanku.” Kata baginda lagi: “Apa yang di tengah-te ngah ini?” Jawabnya: “Kuda.”
Tanya baginda: “Apa ini yang di atasnya?” Jawabnya: “Dua kepak.” Kata baginda: “Kuda ada dua kepak?” Jawabnya: “Apakah kau tidak pernah dengar yang (Nabi) Sulaiman bin Daud ada kuda yang berkepak?”
Nabi s.a.w pun ketawa geli hati, sehingga kelihatan gigi-gigi gerahamnya.”


Asy-Syaukani berkata: “Ternyata dari hadis ini ada dalil yang membolehkan kita memberikan anak-anak kecil patung permainan yang berupa, umpamanya bentuk pengantin suami isteri.”
Tetapi Imam Malik meriwayatkan pula, makruh bagi orang lelaki membelikan anak patung untuk anak perempuannya.

Al-Qadhi Iyadh berkata: “Bermain anak patung yang ber bentuk anak perempuan untuk anak perempuan adalah harus.”

Abdullah berkata, antara hal yang menarik perhatian kita, apabila gambar ini bertujuan bukan untuk dibesar-besarkan dan tidak sempurna bentuknya, ia halal dan boleh di manfaatkan.


Mengenai gambar dengan alat fotografi, iaitu kamera, beliau mengatakan secara menyeluruh termasuk dalam nas yang mengharamkan, melainkan gambar yang wajib dan memang ketara kebaikannya.
Ini seperti gambar untuk kad pengenalan, pasport, gambar orang jahat dan orang yang dituduh disebabkan semua ini termasuk dalam kaedah umum yang mengatakan darurat itu mengharuskan yang dilarang.
Bagi Pensyarah Kanan di Institut Islam Toronto, Ontario, Kanada, Sheikh Ahmad Kutty, fotografi sebagai medium komunikasi tidak jatuh dalam kategori gambar yang di larang.
Menurutnya, Nabi s.a.w memang mengutuk orang yang membuat gambar dan ukiran yang melambangkan patung kerana ia membawa kepada syirik, selaras dengan kaedah usul fiqah (prinsip perundangan Islam) sesuatu yang membawa kepada haram ia adalah haram.



Tetapi, katanya, fungsi fotografi hari ini tidak jatuh kepada kategori terbabit, malah sesetengah ulama yang dahulunya mengecam keras fotografi kemudian menukar posisi terhadap hukum berkenaan.
“Malah, mereka juga membenarkan gambar mereka diambil untuk disiarkan dalam akhbar, syarahan melalui rakaman video dan pembentangan.
“Sebelum ini mereka hanya membenarkan dalam kes pengecualian seperti urusan pasport, lesen memandu dan sebagainya.


“Perubahan pandangan mereka terhadap fotografi adalah berasaskan penilaian mereka ke atas peranan fotografi,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, seseorang tidak boleh membuat kenyataan yang semua fotografi adalah halal (dibenarkan).

“Ia bergantung kepada penggunaan dan fungsinya. Jika ia untuk tujuan pendidikan serta tidak dicemari dengan tujuan sanjungan dan penyembahan, ia tidak dilarang,” katanya.
Sementara itu, menurut Dr Yusuf al-Qardhawi, melalui bukunya Halal dan Haram Dalam Islam, menghasilkan gambar dengan alat fotografi (kamera), yang paling dekat dengan jiwa syariat Islam dalam permasalahan ini ialah dibolehkan dan jika tidak pun hukumnya jatuh makruh.

“Itupun kalau gambar yang diambil tidak termasuk gambar yang diharamkan oleh Islam seperti gambar yang me nampakkan tempat sulit kaum wanita atau lelaki yang boleh menimbulkan fitnah atau menggambarkan lelaki sedang bercium-ciuman dengan wanita atau seumpamanya,” katanya

























Saturday, May 21, 2011

ketagih....

as'salam suma2 wat pengunjung ituaku@mel..

mood: bosan..

kali ni aku just nk cita psal nih ja.
tembak2 aku kat area bukit bintang sampai kul 4 pg..

jum layan suma2..

seniman jalanan HDR sephia mode


okies suma2.. 

jumpa lg..as'salam...

Saturday, May 14, 2011

story album (by me)

as'salam suma wat pengunjung ituakuamel...

errrr maleh nk ckp bebanyak la kli nih..ekceli just nk post ni je. hasil kursus dan sebab tu gak x de post bru kat cini...

meh la suma2 jemput2 komen, saya budak baru belajar...




okies la suma2..
as'salam...

Thursday, May 5, 2011

(repost) bicara akhir bayi..(sempena hari ibu)

As'salam suma wat pengunjung ituaku@mel..

ekceli ni post lama aku.. mengenangkan sambutan hari untuk bonda tercinta bakal tiba x brp hari ja lg..jd aku igt better nk refresh blik post nih...

aku nk cita bebanyak pasal bonda pon aku x tau nk cita mcm mna..coz bonda dah lama pergi..
jadi wat yg masih ada2 bonda pesanan aku hargai la jasa bondaMU..

jum jemput suma2 baca post ni..



Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan kedunia.

Dia bertanya kepada Allah: 

"Para malaikat disini mengatakan bahwa besok Engkau akan mengirimku ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana, saya begitu kecil dan lemah?" 

Allah menjawab:


"Aku telah memilih satu Malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu." 

"Tapi di sini, di dalam surga, apa yang pernah saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk bahagia."


 "Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih bahagia." 

"Dan bagaimana saya bisa mengerti saat orang-orang berbicara kepadaku jika saya tidak mengerti bahasa mereka?" 


"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar, dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan bagaimana cara berbicara."

"Apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu?" 

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara berdoa." 

"Saya mendengar di bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya?" 

"Malaikatmu akan melindungimu, walaupun hal itu mungkin akan mengancam jiwanya." 


"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi." 

 "Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang-Ku dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepada-Ku, walaupun sesungguhnya Aku akan selalu berada di sisimu." 

Saat itu syurga begitu tenangnya sehingga suara dari bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan,

"Allah, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Engkau memberitahuku nama malaikat tersebut?" 

 
"Kamu akan memanggil Malaikatmu, "IBU"

as'salam suma.....




Tuesday, May 3, 2011

light trail (cubaan pertama)

as'salam suma wat pengunjung ituaku@mel..

x mo cita banyak la kali nih...
just nk korang suma layan halwa mata sesambil tgglkan komen berkaitan photo2 nih...










okies la suma2...layan la photo2 yg x sberapa ni ye..
as'salam suma....

beriadah sambil puaskan nafsu.. cuti 1&2 May 11..

As'salam suma wat pengunjung ituaku@mel...

ermmmmm.....nk kata puas ati tu x la sgt..tp cuti aku kali nih boleh di kiraberbaloi-baloi la gak...
apa tak nya. nonstop jenjalan ngn bebudak KBU neh sesambil curi2 tembak2 apa yg ptot...

1 may 11 ni hasil tembakan aku yg bleh di kira best la bg aku...

2 may 11.. hentian keretapi kualalumpur..


ekceli byk g photo2 yg aku rasa best aku amik...tetapi di sebab kan berukband nih x bpa ok jd yg ni aja lah aku msukkan wat tatapan halwa mata suma2...

as a noobies aku memang memerlukan komen2 dari sumauntuk perbaiki hasil tembakan aku nih...

okies la suma2 out dulu jumpa lg nanti...As'salam..

Monday, May 2, 2011

ntahapahantah..(18sx)

as'salam suma wat pengunjung ituaku@mel..

bukan niat nak mengaibkan sesape untuk post kali nih.. tapi cuma nk melepaskan rasa konpius aku ja kali nih..suma2 nih di sebabkan aku rasa moral kat bebudak skang nih dah jauh terbabas dr landasan yg betol agaknya...

belum lg cita bab agama yg mana HALAL & HARAMNYA..ntah-ntah dah x da kot dlm idop segelintir bebudak nih...

zaman skang nih kalu nk di ikutkan teknologi tu yg ada nih ada baik & buruk dia..
tp tu teknologi..yg bebudak ni x pakai otak ikut bengong aku pon tak tau knapa...

kalu ye pon ade rasa gegila sket tp jgn la smpai bengong sgt...tak kan la taleh guna otak tu pikir baik & buruk...

kang kalu cakap atitude mcm hewan marah lak..tp hakikat ngn kebenaran dia jelas menunjukkan bebudak nih lebih dr hewan...

ermmmm...maleh dah nk cita bebanyak..ekceli mungkin ni salah satu photo dr beribu photo yg ade dlm MUKA BUKU..tapi yg aku sedihnya bebudak ni ME_LAYU..aku dah makin x paham dah apa yg nk jd skang nih..

kang ckp lebih kang nak melenting lak...tppppp.....
ermmmmmmm...ntah la...

aku blur kan muka bebudak ni atas dasar x mo aibkan they all..
cita byk pon x guna..makin lama nengok makin sakit ati ja...

bakal menggegar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...