Sempena sambutan Maulid Dur Rasul ni..Jom kita sesama Refresh sikit tentang Riwayat Hidup Rasulullah SAW.. agar sesama kita akan lebih mencintai Baginda dengan sesungguh hati...
RIWAYAT HIDUP RASULULLAH SAW
| Lahir | ¨         Dilahirkan   pada malam Isnin 12 Rabuilawal ,Tahun   Gajah bersamaan 20 April 570 masihi, di Kota Mekah. Berketurunan   bangsawan arab Quraisy ¨         Bapanya  bernama Abdullah bin Abdul Mutalib telah   meninggal dunia di Syam, semasa baginda berusia 2 bulan dlm kandungan ibunya   . | 
| Sewaktu  Bayi | §        7   hari setelah  ibunya  Aminah binti Wahab melahirkannya, datuknya   Abdul Mutalib membawa baginda  ke   kaabah  dan tawaf sebagai tanda   kesyukyran dan  menamakanya Muhammad   yang bererti "orang yang terpuji". §       Sewaktu bayinya ,Nabi Muhammad saw telah dihantar   ke sebuah desa yang jauh dari kota    untuk disusukan oleh Halimatun   Saadiah  dan dipelihara oleh ibu   susunya itu sehingga 5 tahun.              Tujuan   baginda dibesarkan di kawasan pendalaman/desa: Ø       Udara   desa yang  nyaman dan bersih sesuai   untuk           kesihatan ,pembesaran  mental dan   fizikal kanak-kanak. Ø       Suasana desa tidak tercemar dengan   unsur-unsur yang tidak baik. Ø     Supaya   dapat diajar bahasa Arab baku (Arab Fusha) Ø       Mendidiknya   dengan kesusahan supaya tabah menghadapi cabaran hidup. §    Di   desa nabi Muhammad membantu keluarga angkatnya mengembala kambing.    Hikmah   perkerjaan sebagai pengembala :       Ø       Pekerjaan ini telah mendidik jiwa   baginda bersifat sabar,tabah,rendah   diri, kasih sayang sesama makhluk, suka tolong  menolong dll | 
| Zaman  kanak-kanak | o      Ketika   berusia 6 tahun,ibunya   meninggal dunia di Madinah  semasa   menziarah makam suaminya.Baginda dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib. o      Ketika   berusia 8 tahun, datuknya pula   meninggal dunia.baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya Abu Talib.   Baginda mengembala kambing untuk  membantu meringankan beban bapa saudaranya   itu yang miskin dan mempunyai 10 orang anak. Ketika usianya 12 tahun, baginda   mengikut bapa saudaranya berniaga ke Syam. | 
| Zaman  Remaja | ·       Ketika   beruia 25 tahun, baginda   bekerja dengan Khadijah binti Khuwailid Memperniagakan  barang dagangannya  ke Syam , dan memperolehi keuntungan yang   banyak. Kemuliaan peribadi,kejujuran,kebijaksanaan dan keikhlasannya   menguruskan perniagaan telah menarik hati saidatina Khadijah dan melamar   baginda dan seterusya berkahwin. Baginda dikurniakan 6 orang anak hasil   perkongsian hidupnya dengan saidatina Khadijah. | 
| Berusia 40   Tahun |  -  Ketika   berusia 40 tahun baginda   dilantik menjadi rasul .Baginda menerima wahyu pertama di Gua Hirak iaitu   Surah Al Alaq ayat 1 – 5  | 
| Berusia  63 tahun | ·           Baginda   meninggal dunia ketika usianya 63   tahun ,setelah 23 tahun menyebarkan Islam (13 tahun di Mekah dan 10   tahun di Madinah) | 
sengaja aku wat jd N3..untuk saling kita mengingati...
ok la...
salam Maulid Dur Rasul buat semua...
Assalamualaikum............
 



3 comments:
biodata ...
thanks ..
=)
amin..
huhhh.. lama dh tak baca semua nie... bagus2.. heheh refresh,,
Post a Comment