Followers

Monday, February 21, 2011

Terlebih manis-Kurang Gula. Terlebih Masin-Kurang Garam. Terlebih Pandai-Kurang Ajar!!!

Asalamualaikum suma wat pembaca blog nih....

perghhhh gempak N3 aku kali nih..(gempak ke??) Poyo ade la kot....

ermmmm.,..camna aku nk mula ni ek. kang sound direct ada yg marah kt aku lak. mcm best la ape lah.tapi cengginilah aku cakap raftly je la...

actually aku ni still newbie g dlm blogging nih. tp ade something yg aku rase x best bile aku jenjalan kt blog otai2 yg pollower gila2 komen gila2 trafic lg la gila2..

kbnyakannya aku rasa mcm nk tjuk best. wat N3 totally nk kondem org. itu x betol ini x betol bagai2 lah..aku ni bukan la best sgt pon. men blog pon just nk cri kengkawan je..tp klu cenggini la care ermmm lg baik aku out je dr blogging ni...

aku x leh nk bygkan la klu 1blogger yg pollower bapaknye ramai,, pas tu wat N3 nk kondem org lain pas tu pollower lak komen bagai nk gila sokong N3 die. tp hakikatnya suma N3 statement dia tu x betol, lbih kpd fitnah camna la ek.. nak plak aku salah sorang pollower blog tuh..

naaahhhh x pasal2 tumpang dose kering skli...

ekceli apa yg aku tulis ni bukan sume blogger cenggituh just 2, 3 je yg aku jumpe.. kebanyakkannya sempoi2 byk ilmu yg aku jumpe dlm blogging ni..

assalamualaikum..

Saturday, February 19, 2011

DIR....1954-1992..

Assalamualaikum wat pelawat ituaku@mel..

1st sekali Al-Fatihah buat beliau.. Allahyarham Sudirman Hj Arshad..
Lahir: 25 Mei 1954(1954-05-25)
Temerloh, Pahang,
Malaysia
Meninggal dunia: 22 Februari 1992 (umur 37)
Lucky Garden, Bangsar,
Kuala Lumpur, Malaysia
Pekerjaan: Penyanyi, peguam, pelakon, penulis, ahli perniagaan..

Selasa 22 feb 11 ni genaplah 19 tahun kita telah kehilangan beliau di persada seni tnah air...

Friday, February 18, 2011

Uit Apa Nih.....

Assalamualaikum suma....

N3 kali ntahapahapantah....

mula2 dia cm ni la kot....tgh syok2 aku dok melepak smbil dok Adnan sempit..aku tgk kt fb aku ada request nk jd fren aku..mati2 aku igt mmba2 blogger yg add.. sbb keblakangan ni byk fren yg add kt fb aku suma mmba2 blogger ja...

tampa segan silu aku pon recive la mcm besa... tetiba si polan ni pon antaq la msej kt chat box aku cam nih..
ok sambung cita balik..
aku pon try la tnya mcm ni.
ada lak jawapan mcm tu...konpius gak skjap...
sambung g dialog ngn sipolan ni...soklan yg x leh belah tu ajak wat bisness...pas tu aku pon dah maleh nk layan aku pon jawab mcm ni la kt dia...
nk pikiaq (pikir) dulu..dia balas lak ngn antaq website kt inbox aku...
aku pon cuba la bkak...

humanghaaaaaaaaiiiiihhhhhh bila aku baca...ampa nk tau ni hah baca kt cini....
agak2 ampa la kan...btoi dak camni nya income...perggghhhhh aku p misi setahun pon x dapat duit byk ni....x bleh belah nya income. (ANDA BUKAN SAHAJA MENDAPAT USD 10,000
BERKALI-KALI)....

abih dah x tau nk cita apa lg dah...ampa baca, tgk pikiaq sendiri la...
yg aku tau bapa ramai dah yg dah terkena ngn benda2 mcm ni...ni bukan cita baru..dah byk dah cita yg mcm ni..cuma kali ni ja aku baru jumpa ngn mata kepala aku sendiri..kt chat box fb aku lak tu...
sblm ni dgr cita kengkawan ja...

ok lah suma..
renung2kan lah..

As'salam suma...

Monday, February 14, 2011

Refresh....

 As'salam suma sahabat Blogger...

Sempena sambutan Maulid Dur Rasul ni..Jom kita sesama Refresh sikit tentang Riwayat Hidup Rasulullah SAW.. agar sesama kita akan lebih mencintai Baginda dengan sesungguh hati...


 
RIWAYAT HIDUP RASULULLAH SAW



Lahir
¨       Dilahirkan pada malam Isnin 12 Rabuilawal ,Tahun Gajah bersamaan 20 April 570 masihi, di Kota Mekah. Berketurunan bangsawan arab Quraisy

¨       Bapanya  bernama Abdullah bin Abdul Mutalib telah meninggal dunia di Syam, semasa baginda berusia 2 bulan dlm kandungan ibunya .




Sewaktu
Bayi
§      7 hari setelah  ibunya  Aminah binti Wahab melahirkannya, datuknya Abdul Mutalib membawa baginda  ke kaabah  dan tawaf sebagai tanda kesyukyran dan  menamakanya Muhammad yang bererti "orang yang terpuji".

§      Sewaktu bayinya ,Nabi Muhammad saw telah dihantar ke sebuah desa yang jauh dari kota  untuk disusukan oleh Halimatun Saadiah  dan dipelihara oleh ibu susunya itu sehingga 5 tahun.

             Tujuan baginda dibesarkan di kawasan pendalaman/desa:
Ø      Udara desa yang  nyaman dan bersih sesuai untuk
          kesihatan ,pembesaran  mental dan fizikal kanak-kanak.
Ø     Suasana desa tidak tercemar dengan unsur-unsur yang tidak baik.
Ø     Supaya dapat diajar bahasa Arab baku (Arab Fusha)
Ø     Mendidiknya dengan kesusahan supaya tabah menghadapi cabaran hidup.

§  Di desa nabi Muhammad membantu keluarga angkatnya mengembala kambing.    Hikmah perkerjaan sebagai pengembala :      

Ø     Pekerjaan ini telah mendidik jiwa baginda bersifat sabar,tabah,rendah diri, kasih sayang sesama makhluk, suka tolong  menolong dll




Zaman
kanak-kanak

o    Ketika berusia 6 tahun,ibunya meninggal dunia di Madinah  semasa menziarah makam suaminya.Baginda dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib.

o    Ketika berusia 8 tahun, datuknya pula meninggal dunia.baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya Abu Talib. Baginda mengembala kambing untuk  membantu meringankan beban bapa saudaranya itu yang miskin dan mempunyai 10 orang anak. Ketika usianya 12 tahun, baginda mengikut bapa saudaranya berniaga ke Syam.




Zaman
Remaja

·       Ketika beruia 25 tahun, baginda bekerja dengan Khadijah binti Khuwailid Memperniagakan  barang dagangannya  ke Syam , dan memperolehi keuntungan yang banyak. Kemuliaan peribadi,kejujuran,kebijaksanaan dan keikhlasannya menguruskan perniagaan telah menarik hati saidatina Khadijah dan melamar baginda dan seterusya berkahwin. Baginda dikurniakan 6 orang anak hasil perkongsian hidupnya dengan saidatina Khadijah.

Berusia 40 Tahun
  Ketika berusia 40 tahun baginda dilantik menjadi rasul .Baginda menerima wahyu pertama di Gua Hirak iaitu Surah Al Alaq ayat 1 – 5

Berusia  63 tahun

·         Baginda meninggal dunia ketika usianya 63 tahun ,setelah 23 tahun menyebarkan Islam (13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah)


actually hikayat ni masa zaman sekolah menengah dah diajarkan dah...
sengaja aku wat jd N3..untuk saling kita mengingati...

ok la...

salam Maulid Dur Rasul buat semua...

Assalamualaikum............

Thursday, February 10, 2011

7 fahaman yg terdapat dalam Islam..

Assalamualaikum suma sahabat blogger...

jom share input ni...
maybe sblm2 ni kiata x tau yg terdapat fahaman yg berbeza dlm islam ni selain yg kita amalkan skrg ni..
N3 aku kali ni salah satu usha untuk aku panjangkan lagi usha da'wah dari salah satu laman sahabat aku gak..OH ISLAM. 

Akhli Sunnah Waljamaah

Golongan orang Islam yang berpegang pada Akidah ( ajaran, kepercayaan, dan amalan) yang dibawa oleh rasullullah mengikut Al-Quran, dan sunnahnya. Fahaman ini juga dijadikan penggangan para sahabat rasullullah ( Al-hadith, ajmak para sahabat, dan Al-khias). Fahaman ini dapat menjernihkan Akhidah umat Islam daripada berbagai-bagai fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.

Fahaman Syiah

Golongan yang menganggap Saidinah Ali Radhiallahhuan dan keturunannya yang lain sebagai pengganti Rasullullah sebagai Imam (Pemimpin) yang maksum bagi umat islam. Dan golongan ini tidak mengakui khalifah yang lain sebagai pemimpin. Dan golongan ini di anggap terpesong dari landasan agama Islam. Dan golongan ini ramai berada di Asia Barat.

Fahaman Muktazilah

Golongan yang percaya kepada ketentuan logik akal fikiran atau di kenali dengan ahli fikir. Mereka banyak terpengaruh dengan fahaman Yunani. Mereka percaya kepada keusahaan zat Allah Taala, tetapi tidak percaya Allah Taala mempunyai sifat. (Terlalu taksub kepada logik akal sehingga segala perbuatan manusia di tentukan oleh akal fikiran dan membelakangi kudrat dan irodah Allah Taala).

Fahaman Khodariah

Golongan  yang  mengikut fahaman Muktazilah yang berfahaman bahawa manusia mempunyai kuasa yang tersendiri dan dapat menentukan segala perbuatannya sama ada baik ataupun buruk. Allah Taala tidak ada kena-mengena dengan perbuatan manusia dan hanya mengetahui setelah perbuatan itu dilakukan oleh manusia. Menganggap perbuatan manusia  memberi kesan.

Fahaman Jabariah

Golongan yang berfahaman bahawa manusia tidak mempunyai ikhtiar dan usaha. Segala-galanya berlaku dan di jadikan oleh Allah Taala, baik dan buruk adalah ketentuan Allah Taala semata-mata.

Fahaman Wahabiat

Golongan yang berpengang pada Al-Quran dan hadith rasullullah  S.A.W serta menolak bidaah termasuk bidaah hassanah dan menganggap semua bidaah adalah sesat. Golongan  ini melarang penganutnya menziarahi makam rasullullah. Melarang penganutnya mempelajari sifat dua puluh Allah Taala.

Di atas ialah 7  fahaman yang terdapat di dalam agama Islam, kenapa saya menulis artikel ini kerana saya ingin berkongsi dengan anda semua, saya tahu ramai di antara anda semua tidak tahu yang agama Islam mempunyai fahaman-fahaman yang berlainan. Di antara semua fahaman di atas hanya satu sahaja fahaman yang berlandaskan ajaran Islam yang sebenar iaitu Akhli Sunnah Waljamaah.

Artikel ini telah di rujuk oleh sidang pengarang sinar jimiyat sdn bhd dan telah diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor.


Monday, February 7, 2011

persoalan & jawapan (Valentine Day)

Assalamualaikum suma...
N3 aku akli ni just nk mngingatkan kita antara satu sama len ja...
rasa2 x lmbt lg kot...14 Feb ada 7 hri g nk sampai..


aku terbaca sesuatu kt Fb dari majlis alumni sekolah apa ntah kt fb tentang tajuk N3 aku kali ni...
aku rasa topik ni bagus untuk di kongsikan kita sama2..

cita dia mcmni...

Assalamualaikum & Salam sejahtera dan salam persahabatan kepada semua pengunjung blog saya. Bersyukur kepada Allah yang menjadikan alam semesta, menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian, menjadikan rezeki kepada seluruh umat manusia ini dan sesungguhnya Allahlah yang layak di sembah dan dipuja. Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Muhammad saw dengan berkat perjuangan Baginda Islam dapat dinikmati sehingga sekarang ini.

Cinta yang selayaknya umat manusia serahkan adalah kepada Sang Pencipta manusia (Allah), kerana cintakan Allah adalah kekal abadi. Cinta manusia atau sesama makhluk akan kecewa pada suatu hari nanti. Sesiapa yang mencintai Allah tidak akan rugi dan tidak akan kecewa kerana manusia itu akan rasa kelazatan imannya di dunia dan di akhirat sepertimana yang berlaku kepada ahli sufi (hidupnya untuk Allah di dunia dan di akhirat). Malang bagi sesiapa yang cintakan manusia lebih dari mencintai Allah akan kecewa dan akan mengundang mala petaka kepadanya seperti berlaku penceraian antara suami dan isteri, berlaku pergaduhan, orang yang dicintai meninggal, orang yang dicintai mempunyai kekasih lain dan sebagainya. Ingatlah cinta yang selayaknya adalah Allah merupakan cinta yang pertama yang perlu diberikan oleh semua umat manusia. Cinta yang kedua adalah cintakan Rasul, bagi sesiapa yang cintakan rasul akan memperolehi syafaat darinya di hari kemudian nanti, lambang orang yang mencintai rasul adalah seperti sentiasa berselawat kepadanya, maka Allah akan menambahkan pahalanya sebanyak 10 pahala bagi orang yang berselawat. Cinta yang ketiga adalah kepada para alim ulamak, kerana mereka adalah penerus perjuangan Rasulullah dan menggadaikan jiwa, raga, penat lelah, harta dan sebagainya kerana untuk menyebarkan syiar Islam. Cinta yang keempat ialah cintakan ibu bapa, kerana tanpa mereka kemanalah kita semua, mereka juga banyak berkorban untuk anak yang tercinta demi memastikan anak mereka memperolehi kejayaan di hari kelak nanti. Cinta yang kelima adalah cintakan isteri dan anak-anak, kerana isteri atau suami dan anak-anak yang soleh dan solehah adalah penghibur dan menceriakan suasana kehidupan seseorang.

Cinta yang telah disenaraikan di atas ini, adalah cinta yang selayaknya untuk diberikan, kerana ini semua merupakan tanggungjawab kita semua, jika ini dapat ditegakkan maka seseorang itu tidak akan terlari dari landasan yang dituntut dalam Islam. Masalah pada masa sekarang ini, ialah ramai umat Islam yang menyambut kekasihnya dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syariat Islam. Contohnya dapat dilihat pada tarikh 14 Febuari setiap tahun ramai umat Islam menyambut hari kekasih (Valentine Day). Ramai ulamak Islam mengeluarkan fatwa mengenai sambutan hari kekasih ini seperti Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa :

“Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut."

Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom. Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama. Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II. Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.”

Kesimpulan dari fatwa Mufti Perak ini ialah, sesiapa yang menyambut hari kekasih ini adalah haram dan murtad kerana mereka mengikuti jejak langkah agama lain dalam menyambut upacara keagamaannya. Nama sambutan hari kekasih ialah Valentine yang bersempena nama padri yang dibunuh oleh pemerintah Rom ketika itu, kerana beliau mengahwinkan seorang tentera Rom. Sambutan hari kekasih ini juga disambut oleh penganut-penganut kristian dan ini adalah salah satu sambutan keagamaan mereka. Haram kepada umat Islam menyambut hari kekasih ini dan sesiapa yang menyambutnya dikuatiri murtad dari agama Islam.

Sebenarnya sambutan hari kekasih ini juga bercanggah dengan ajaran Islam, kerana Islam batasannya dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan. Ramai muda-mudi Islam yang ternanti-nanti untuk merayakan hari kekasih ini dengan berbagai perbuatan yang diharamkan oleh Islam. Allah swt berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat.’’ (al-Isra: 32).

Dari ayat Al-Quran di atas, jelas bahawa Islam melarang umatnya menghampiri zina, kerana zina itu adalah haram dan merosakkan hati umat Islam. Kesan dari pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan berlakunya kes-kes pembuangan anak, pengguguran, anak luar nikah makin bertambah dan sebagainya. Ini juga memalukan keluarga dan pasangan yang melakukan kerana perbuatan maksiat atau zina ini sangat di hina oleh masyarakat dan Islam.

Saranan saya, marilah kembali kepada cinta yang hakiki iaitu cinta ilahi, kerana cinta ilahi inilah sebenar-benar cinta, apabila seseorang itu mencintai Allah, maka ia akan memperolehi segala kenikmatan dunia dengan berkat cintanya kepada Allah. Sambutlah kekasih kita dengan cara yang dikehendaki oleh Islam iaitu melalui saluran perkahwinan yang sah. Sambutlah ulang tahun perkahwinan dengan majlis yang diredhoi Allah, seperti mengadakan majlis doa selamat, bermesra dengan pasangan dan sebagainya yang dihalalkan oleh Islam

hari Ahad di air terjun..

Assalamualaikum suma....
mula2 nk bg tau letih ja dulu...baru balik mndi air terjun..best x heengat..
 ni lah tempat tu...AIR TERJUN KT TMN REKREASI PANDAN..daerah PANCING PHG..
memang x heengat... punya la mndi....mklumla da lama x merasa air terjun..
dduk kt Lubnan sejuk..jgn kata nk mndi air terjun mandi kt toliet pn x nak..sejuk gila...
 ni yg trill nih...tgk banner mcm ganas ja tempat ni...

sebelum nk mandi posing dulu kot..

foto menarik View Ciptaan Allah SWT dari kaca mata lensa..

Antara aksi ekstrim yg bpk2 budak ni tgh buat...

Sunday, February 6, 2011

Suratan @ Kebetulan

Assalamualaikum suma sahabat blogger....

Sure korang suma tau psal tragidi WTC 9/11 kan..
 meh aku cuba remindkan blik...
dan Korang juga sure penah dengar cakp2 @ terbaca tentang kejadian tersebut mcm ada yg x kena ja kan..
mcm terancang ja kan...

kat cini aku cuba nk relatekan lagi cita tu...

1st buka korang nya Microsoft Word Programme tu..
taipkan Q33NY font brp pn x kesah..

untuk pengetahuan korang Q33NY tu adalah no pesawt yg langgar WTC tuh..

2nd korang bold kan word td..
3rd korang g kat change font style tu.. select style WINGDINGS..
last korang leh tgk apa result dia kan....
agak2 korang korang paham tak ngn apa maksud gambar tu....
.
.
.
.
.
.
V
hermmmm....
dari tu jom kita pikir sama2 adakah ni satu Suratan @ Kebetulan...
pada aku ni la dalang di sebalik suma kejadian tu...

Assalamualaikum..

Tuesday, February 1, 2011

PENGUMUMAN...Aku Blogger Utagha..

Assalamualaikum suma....

cita aku kali ni x dak papa pun..
cuma aku nk joint satu kempen dr sahabat blog aku ni ja..

Bukan apa saja ja nk memeriahkan lg suasana blog nih..

N3 aku kali ni agak kenegerian skit sbab kali ni aku joint kempen ni..
hampa suma bleh klik kt kt link sahabat aku ni..
KLIK SINI

sunggohpon aku kija kt kolompo tp ati aku tetap kt kg halaman aku Kedah DarulPeace
Mai aku nk cita skit pasai asal usul aku..

1.  Arwah Mak aku asai Pendang..
2.  Pak Aku asai Sik..
3.  Aku di lahirkan di Kg Bukit Morai, Padang Pusing, Pendang Kedah..
4.  Besaq kt Wira Damai, Gombak Selangor sampai umoq 10thn..
5.  Pas tu pindah balik mai Kedah dok kt Jeniang, Pindah lg dok Tmn Sg Lalang Bedong Kedah..
6.  Sekolah last aku kt SMK Bedong Kedah smpai Form5..
7.  di pendekkan lg cita.. aku masuk kija ngn TUDM bertugas kt Labuan dr thn 2002 smpai 2008..
Pindah balik K.L kija kt K.L sat smpi ujung thn 2009 aku kena p Misi PBB kat Lubnan..
lani aku baru ja blik mai M'sia ari tu 20/1/2011.. ada masuk tebisyen kt dlm berita TB1..


hmmmmm...

disebabkan aku memang berdarah UTAGHA jadi aku minat sgt ngn kempen dari sahabat aku wat ni..
nk kumpoikan suma blogger2 Utagha bagi rapat..
kot2 lpas ni ada gathering bleh lah kita sling berkenalan..

Tp kalu nk cari jodoh skali boleh dak??
Cik GkSb tulong Jawab Sat..

LOGO KEMPEN CIK GkSB
kami blogger UTAGHA..
Last skli dr aku mai la pakat ramai2 kita joint kempen ni..
Syarat2,Petua,Pengeras suma ada kt link yg aku bg kt atas tu...

Assalamualaikum..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...