Followers

Friday, December 31, 2010

bicara akhir bayi sebelum di lahirkan...


Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan kedunia.

Dia bertanya kepada Allah: 

"Para malaikat disini mengatakan bahwa besok Engkau akan mengirimku ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana, saya begitu kecil dan lemah?" 

Allah menjawab:

"Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu." 

"Tapi di sini, di dalam surga, apa yang pernah saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk bahagia."

Wednesday, December 29, 2010

10 sebab solat tidak di terima...

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Saturday, December 25, 2010

Kenapa Saya Suka Oh! Media Network

contest aku yg  1st

kenapa aku suka oh media!!

Ni link die klu korang nk try & nak tau nape aku suke sangat….

http://ohmedia.my/  korang klik kt link ni……

actually byk sebab kenape aku suke.................
tapi aku cite sikit2 je ar k t cni kang korang bace sampai 3hari 2 mlm x abis lak kang ssah gak aku nnti..





first nape aku suke…

Oh media ni salah satu laman yg free style…
Kadang2 aku kalau bosan.. bile aku g kt laman ni aku boleh jg gile sekejap bace artikel lawak die.........Mcm contoh kt pic ni… .....
salah satu contoh artikel yg ade kt dlm oh media





 Bukan pasal pic ni sbnarnye yg lawaknye tapi kt pengomen – pengomen die…......
bila aku akan bace sume komen – komen yg ade kt citu tak kire la jumlah komen tu sampai beratus-ratus sekali pun aku still bace…. 
Lawak gile kalu komen2 follower tegar  Oh media wat statement….

Ade jenis yg suke jadi 1st.. Ade gak yg suke dpt like bile komen ade gak yg x suke ngn 
Oh media nye laman ni…

Wednesday, December 22, 2010

hakikat solat....

Assalmualaikum.....

artikel aku kali di petik oleh karangan yang DIkirim oleh pakcikli00 ..

mudah2an dapat dipanjangkan lagi usaha agar sama-sama diantara kita dapat meningkatkan lagi amalan seharian kita dan dapat menambahkan lagi ilmu..

InsyaAllah...

Bermulanya usul ma’rifat ini ialah untuk mentakrifkan hal keadaan kita di dalam masa kita beramal. Sesudah kita faham di atas segala- gala rukun dan jalan-jalan di dalam hal keadaan agama Islam, barulah kita memulakan segala amalan.

Seperti sabda Rasulullah SAW, ertinya :”Bermula sembahyang (solat) itu ada tiga bahagian :

1. Sembahyang orang-orang MubtadiYakni semata-mata ia untuk menutupkan fitnah dunia. Dan sekadar mengetahui akan segala rukun-rukun dan waktu serta berpakaian bersih dan mengetahui wajib dan sunat semata-mata ia untuk mendapat pahala. Maka amalan ini syirik semata-mata.

2. Sembahyang orang MutawasitMenyempurnakan perintah Allah semata-mata hatinya berhadapkan Allah. Tiada ia mengira dosa dan pahala. Semata-mata ia berserah kepada Allah. Maka di atas amalan ini adalah lebih baik daripada yang pertama itu, tidaklah ia terkena syirik.

BAGAIMANA PENGAKHIRAN KITA??

Dipanjangkan lagi penyampaiannya oleh Ustaz amal….



SEKADAR HIASAN
" Ya Allah, Engkau Maha Tahu siapakah siapakah penghuni syurga dan penghuni neraka…, namun di manakah tempat tinggal (kesudahan) Malik ini,” ungkap Malik bin Dinar Rahimahullah berulang kali dalam keadaan berdiri sepanjang malam sambil memegang janggutnya…

(Jami’ul ‘ulum wal hikam oleh Ibn Rajab ms 50).

Siapakah Malik bin Dinar?

Tuesday, December 21, 2010

Solat seperti yang di amalkan oleh Rasulullah SAW..



sekadar hiasan
 
Berdiri untuk solat
Berdiri dengan lurus, kedua belah kaki sama tegak, mengarah kiblat dengan menundukkan pandangan memandang ke tempat sujud dan mengarahkan hujung-hujung jari kaki ke kiblat dengan merenggangkan antara dua kaki(jangan sangat dirapatkan dan jangan sangat dijauhkan.

Takbiratul ihram

Takbiratul ihram ialah mengangkat tangan dan meletakkan tangan dalam solat.

Apabila hendak bertakbiratul ihram, angkatlah kedua belah tangan ke daun telinga sejajar dengan bahu dengan mengarahkan anak-anak kedua tanagn ke kiblat serta mengembangkannya. Sesudah itu ucapkanlah takbiratul ihram:

Monday, December 20, 2010

Amalan-amalan Khurafat dan Sifat Tercela di Kalangan Jemaah Haji

Amalan-amalan Khurafat dan Sifat-sifat Tercela di Kalangan Jemaah Haji Asia Tenggara dan Panduan Menghindarinya

Dipanjangkan lagi penyampaian Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
untuk sama2 kita berkongsi ilmu ini....

Mengunjungi Baitullah untuk menyempurnakan pekerjaan haji menjadi suatu cita-cita murni yang sepatutnya wujud pada tiap-tiap diri umat Islam. Pada kelazimannya orang yang belum lagi hendak melaksanakan kewajipan tersebut, mereka tidak sangat bersedia dengan ilmu pengetahuan sebagai bekalan untuk ibadat tersebut. Apabila hampir dengan waktunya barulah secara bergopoh-gapah mempelajarinya mengikut kemampuan yang ada padanya.

ujian....

Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk. Dahulu aku melihat orang lain sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan. Sakit, kehilangan harta benda, kehilangan orang tersayang. Itu tandanya Allah masih ingat akan kita.

Dia mahu menguji hambanya supaya jika kita bersabar, insyaAllah kita kan mendapat ganjaran.

Dan aku tertanya, 

kenapa aku tidak pernah diuji dengan segala cabaran yang aku lihat terpaksa dipikul oleh orang lain? 

Lupakah Allah kepada aku?

Atau Allah sudah tidak sayang kepada aku?

Kemudian aku tersedar, 

yang ujian Allah itu juga boleh datang dalam bentuk kesenangan. Dan kadang-kadang kesenangan itu lebih berat ujiannya daripada kesusahan. Oh, aku sedang diuji waktu itu tanpa aku sedari.

Persoalannya, 

luluskah aku dengan ujian itu? Hanya Allah yang tahu. 

Dan sekarang

mungkin Allah mahu aku merasa ujian yang aku pernah 'minta' dahulu. Ujian dalam bentuk kesusahan.

Susahnya kehidupan seorang pelajar.

Tidak pernah diduga oleh aku yang Allah akan menguji aku dalam bentuk ini. Kerana dahulu, soal pelajaran tidak pernah menjadi satu masalah.

Tetapi aku tahu

Allah tidak akan pernah menguji hamba-Nya dengan ujian yang tidak terdaya oleh kita. Persoalannya, mampukah aku lulus dengan ujian ini?

Setiap perkara yang berlaku, baik buruk mahupun baik, ada hikmahnya. Andai aku gagal dalam ujian ini, mungkin ada hikmahnya. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku, lebih baik daripada perancangan manusia untuk aku.

Namun, aku hidup dengan manusia. Terarah dengan jangkaan, harapan dan sangkaan manusia. Sedar atau tidak, aku terpaksa memenuhi semua tuntutan itu. Sehingga aku mungkin lupa yang kehendak Allah jauh melangkaui segalanya.

foward dari:

aku sekadar memanjangkan lagi penyampaian ni buat tatapan semua.... 

Top of Form
Bottom of Form

Sunday, December 19, 2010

amalan soleh sumber kekuatan peribadi

DUNIA tanpa sempadan membenarkan kita menembusi setiap ceruk kehidupan manusia tanpa dapat dikawal undang-undang. Hanya peribadi salih boleh menghalang perbuatan maksiat kepada Allah seperti tidak amanah, tidak bertanggungjawab ataupun tidak menghormati hak orang lain.

Pembentukan dan pengembangan peribadi Muslim yang dikehendaki Allah dan disebut dalam al-Quran ialah sahsiah salih dari segi tutur kata dan perbuatan. Al-Quran menggariskan prinsip sama sejak mula diikuti oleh umat Islam.
 
Umat Islam perlu membina peribadi teguh dalam dunia tanpa sempadan ini. Jika tidak, mereka akan ketinggalan dalam soal agama, akhlak dan kepemimpinan. Ada bimbingan yang kita harapkan daripada orang yang arif dalam apa juga bidang.
Untuk membina personaliti Muslim dihormati ialah dengan akidah yang bersih. Muslim perlu mempunyai ikatan kuat dengan Allah supaya mereka percaya kepada qada dan qadar serta dunia selepas kiamat.

Muslim juga akan yakin dan cekal dengan ujian Allah jika mereka mempunyai akidah yang bersih serta bersedia menghadapi cabaran mendatang. Semua ini dapat dicapai melalui hubungan rapat dengan Allah melalui ibadat hakiki yang dilaksanakan.

Beza kehambaan kepada Pencipta bukan diukur dengan pakaian buruk dan jalan tunduk, tetapi keikhlasan beribadah serta tidak berbangga melakukan perbuatan baik atau mempunyai niat sebaliknya.

Peribadi salih termasuk juga kekuatan fizikal yang memungkinkan umat Islam menjalankan ibadah dan perintah Allah dengan sempurna tanpa bergantung kepada pertolongan orang. Kesihatan yang baik, memungkinkan umat Islam memenuhi amanah dengan baik.

Peribadi Muslim juga perlu kepada cara berfikir yang intelek. Antara sifat Rasulullah ialah cerdas dan tangkas membuat keputusan disebabkan keintelektualan Baginda yang tinggi. Jika direnungkan, setiap apa akan dilakukan, diperkatakan atau diam sekalipun, ia bermula dengan berfikir. Sebab itu individu Muslim cemerlang ialah yang bijaksana dan bertimbang rasa.

Firman Allah bermaksud: “Katakanlah: Samakah orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakal yang dapat menerima pelajaran.”

Satu aspek lain tidak kurang pentingnya dalam membina peribadi seorang Islam ialah mesti berjuang memerangi hawa nafsu yang jahat. Sebagai manusia, kita mempunyai kecenderungan terjebak hasutan nafsu dan daya juang tinggi membolehkan kita melawan daripada melakukan maksiat.

Setiap Muslim juga perlu memastikan peribadi mereka terjaga dengan menepati masa dan tidak membazirkan masa. Allah banyak mengingatkan manusia supaya menjaga masa 24 jam yang diperuntukkan sehari semalam.
Muslim juga perlu berdisiplin dan profesional selain tekun, bijak berinteraksi, berintegriti dan amanah. Umat Islam sepatutnya menjadi contoh terbaik kepada bangsa lain kerana Islam adalah agama sempurna yang mendidik umatnya ke arah kebaikan.

Muslim harus mempunyai kuasa supaya peribadi mereka tidak terhalang oleh penafian atau doktrin kuasa lain yang membantutkan kegemilangan tamadun Islam dikecapi berabad lalu.

Akhirnya, setiap Muslim mesti memastikan dirinya bermanfaat kepada orang lain. Kebajikan, kebaikan dan amalan baik yang dilakukan perlulah saling dirasai oleh umat Islam lain khasnya atau seluruh manusia amnya.
Dunia ini akan gelap gelita jika tidak ada lagi umat Islam kerana umat Islam adalah bangsa yang terpilih dan sebab itulah Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.”

wallah'hu alam bissawaf..


http://feryco.com/amalan-soleh-sumber-kekuatan-peribadi

jatuh cinta...

 Jodoh di Tangan Allah
Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak,

"Maa satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? 

"Mak jawab, "dua-dua bukan..

" Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam."Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?

" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

"Yang paling tahu hanya Allah.. 

" mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. 

" mak menyusun ayat-ayatnya.

"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham..

"Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. 

Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah. 

" Mak menyambung lagi,"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. 

Mak menyambung 

"Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..

Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?

" mak berhenti seketika.Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Emak buat-buat tidak nampak. 

Secret Admire 

"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal.. 

Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..

Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil."Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..

Mak takut pada Allah.

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.."Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. 

Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.
Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu. 

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama da tindakan mak  tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..

" mak menelan air liurnya. Saya diam. 

Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya. Adakah ia suatu diskriminasi?
"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada  sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas  jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak  akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh  cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple  mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita  berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah  tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang 
kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan  dikahwinkan dengannya.."
 
Tiba-tiba air mata saya mengalir. 

Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi  hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya  hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang  bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai  antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi  apabila kita mencintai saudara perempuan, kita  bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita  ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu  diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat  itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki  dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita 
mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna  agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.  Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula  dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan  dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha  Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama  bekerjasama untuk mencari redha Allah..  Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan 
untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang  awalnya.

 " emak berhenti seketika.. 

Bukan luar biasa...

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh  cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun  bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada  lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang  curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang  penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita  supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta  itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. 
Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang  kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si  dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita,  segala perkara yang kita cintai dan sayangi  termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah..  Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu,  beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita  benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. "Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita  sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu  untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh  memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri  dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh- kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam  hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa  tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa  sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta  dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza  dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah  pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan,  sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta  dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu..  Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang  pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. 
" Redha "

Kakak.. 

Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak  mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau  yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau  dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang  ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap  insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing -masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat  mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna  dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil 
kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si  lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..
Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. " 

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. 

 "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.." 
Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya...

serial of the arrivals documentary..eps1

salam...

buat sume blogger2....
video ni aku amik dri sorang kawan....
input dalam video ni baik untuk di tafsirkan same2....
dan disebabkan terlalu byk episod tentang video ni jadi aku akan uploadkan sikit2....
pendapat dan pandangan sume di alu2kan....
jadi selamat menonton ye.....

Saturday, December 18, 2010

tanda cinta pada yang Agung...

Copy on Abu Basyer artikel from http://www.facebook.com/note.php?note_id=152217654826341

Sahabat yang dirahmati Allah,

Perasaan cinta dan kasih sayang adalah fitrah manusia. Manusia perlu mencintai dan di cintai. Cinta paling agong dan paling tinggi adalah cinta kepada Allah  dan Rasul-Nya. Cinta-cinta yang lain sesama makhluk mestilah berpaksikan cinta kerana Allah, kerana cinta bukan kerana Allah menyebabkan cinta itu palsu dan tidak akan kekal lama dan ianya berasakan nafsu semata-mata. Allah s.w.t akan murka kepada sesiapa yang mencintai orang lain bukan kerana-Nya.
Untuk mendapatkan cinta kepada Allah s.w.t seorang hamba itu mestilah membanyakkan bermunajat, solat sunat, membaca al-Qur'an dan berzikir.
Lidahnya tidak kering sentiasa menyebut nama-Nya, memuji dan mengagungkan-Nya . Apabila berkumandang suara azan, jiwa dan hatinya rasa seronok kerana menuju ketempat solat menyahut panggilan mu'azin dan dapat bertemu dan mengabdikan diri kepada-Nya.

Pada waktu malam timbul keikhlasan untuk bangun dari tidur dan berdua-duaan dengan Rabb, kekasihnya melalui solat tahajjud. Betapa indahnya jalinan cinta itu!
Bukan hanya itu sahaja tetapi hati dan jiwanya seronok ketika membaca dan menghayati firman-Nya di dalam kitab suci al-Qur'an dan menganggap bahawa seolah-olah apa yang di baca dan difahami seperti Dia berkata-kata dan memberi arahan secara terus. Oleh itu iman dapat  diertikan sebagai mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Seluruh ayat-Nya dianggap luar biasa hingga hamba yang mencintai-Nya sanggup berkorban jiwa , raga dan harta benda demi membela agama-Nya.

Sahabat yang dimuliakan,

Keseluruhan rasa cinta kepada Allah s.w.t. juga merasuk kedalam roh dan tubuhnya. Pada setiap tindakan sentiasa mengharapkan rahmat, ampunan dan redha-Nya. Rasa takut dan cemas selalu timbul jika Allah menjauhi, bahkan hati akan tersentuh dan takut  ketika membayangkan azab Allah akibat kelalaiannya.
Hati yang cinta kepada Allah s.w.t. akan bergetar apabila mendengar nama-Nya di sebut. Sebaliknya hati bertukar menjadi tenang apabila selalu mengingati-Nya. Ia benar-benar sebuah cinta yang sempurna.
Cinta memang anugrah yang terindah dari Maha Pencipta. tetapi masih ramai manusia keliru mentafsir dan menggunakan cinta itu. Islam tidak mahu cinta dikekang, namun Islam juga tidak ingin cinta dilepaskan mengikut hawa nafsu.

Alangkah indahnya Islam! Syariat yang mengatur manusia untuk mengelola perasaan cinta yang lebih mendalam, murnia dan abadi. Cinta seperti ini digambarkan oleh Ibnu Hasym seorang ulama dan pujangga serta ahli hukum dari Andalusia Sepanyol mengatakan : "Cinta itu bagaikan pohon, akarnya menghujam ke tanah dan puncaknya banyak buah."

Sahabat yang dikasihi,

Bagi orang Mukmin yang bertaqwa tidak ada sesuatu pun yang mungkin menyamai kelebihan, kedudukan dan ketinggian cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya dan mempertahankan Deen Allah serta berjihad dijalan-Nya.

Firman Allah s.w.t maksudnya :


 "Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
(Surah at-Taubah ayat 24)

Tidak syak lagi , seseorang yang telah mengecapi kelazatan iman akan tertarik sepenuh hati untuk mencintai Allah s.a.t dan Rasulullah s.a.w. selaku pembawa dan penyampai ajaran Islam kepada manusia.
Lantaran keimanan dan keyakinannya kepada kasih sayang Allah serta janji-Nya, seorang Mukmin akan mencintai jihad untuk menegakkan syariat Allah dan kalimah tauhid di bumi ini hingga seluruh manusia merasai kenikmatan Islam dan keindahan hidup di bawah naungannya.

Imam Baghaawi meriwayatkan daripada Tsauban Maula Rasulullah dan tidak sabar lagi untuk menatap wajahnya.
Maka pada suatu hari Rasulullah datang kepadanya. Tatkala itu air mukanya berubah, lalu baginda bersabda ;

"Kenapa air mukamu berubah wahai Thauban?

Lalu jawabnya :

"Wahai Rasulullah, akau tidak sakit tetapi sesungguhnya apabila aku tidak dapat melihat wajahmu maka aku akan keluh kesah sehingga aku dapat bertemu denganmu. Kemudian akau teringat hari qiamat dan aku bimbang tidak akan dapat melihat kamu kerana kamu akan di angkat bersama para Nabi. Sekalipun aku dapat masuk Syurga maka aku langsung tidak dapat melihat kamu."

Maka turun ayat dari Surah an-Nisa' ayat 69.


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :"Dan barangsiapa yang menaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu para nabi, para shiddiqun, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya."
(Surah An-Nisa': 69)

Oleh itu marilah kita memberikan memberikan cinta kita kepada Allah s.w.t. dengan hati yang ikhlas dengan mentaati segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Pada masa yang sama mencintai kekasih-Nya Rasulullah s.a.w dengan mentaati sunnah dan ajaran baginda, melebihi cinta kita kepada diri sendiri dan cinta pada yang lain-lain. Semoga cinta yang agung ini akan menyelamatkan kita daripada seksaan yang daksyat di hari akhirat nanti .

muhasabah diri....

Al-Fatihah kepada junjungan kita Muhammad S.A.W.

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!
PERTAMA. Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA. Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

aku sekadar menyampaikan...

100 Hari Tanda Sebelum Mati Menjelma

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Allah berfirman mahfumnya “Katakanlah (wahai Muhammad); Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)” As Sajadah-11

insyaAllah sahabat, sama-sama kita perbaiki diri sebelum ajal menjemput kita pergi buat selamanya. Wassalam...

Friday, December 17, 2010

salam ukhwah....

salam...


buat sume blogger2 tegar.
aku budak baru nk belajar.
sesape ade ilmu tlg sekolahkan aku ek.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...