Followers

Sunday, July 3, 2011

AKU PECINTA KEAMANAN (mencari keAmanan & keDamaian bukan di jalanan)

as'salam suma pengunjung ituakuamel..

maap atas entry kali nih..
just aku cuma nk maklumkan ni je..

1st aku bukannya penyokong UMNO @ BN..
2dd aku juga bukan penyokong PR..

tapi yg aku tau aku cintakan keamanan..


kalu korang sama gak mcm aku..
meh la kita ramai2 upkan suara kita ni kat blog msing bg mnunjukkan kita suma PECINTA KEAMANAN.....

Friday, July 1, 2011

kisah 1 jul 11..

as'salam suma wat pengunjung itu akuakuamel...
hurmmmm rasa mcm dah lama x up entry kat blog nih....

n kali nih aku nk up entry ni ja yg aku amik dri blog GKSB,


kini usha nk mngumpulkan dana bagi membantu mereka sedang di jalankan..
& wat suma2 bolehlah menyumbang sedikit sebanyak bagi meringankan beban sahabat blogger kita nih...

maklumat lanjut boleh klik sini NORMA
@ pon klik link atas sekali GKSB

Thursday, June 16, 2011

northen blogger meet up

---------------------------------------------------FORWARD--------------------------------------------------
Khas kepada blogger yang duduk di Kedah atau kawasan sekitar.

Rasanya dah lama aku tak anjurkan aktiviti bersama blogger kan?? Last aktiviti adalah Gathering KBU di Penang.

Dan sempena cuti sem ni, mesti yang dulu duduk study jauh tak berpeluang nak join mana-mana aktiviti yang GKSB anjurkan, anda berpeluang untuk sertainya sebab kita akan buat meet up blogger di Pacific, Star Parade Alor Star.


Butir-butirnya adalah yang tertera seperti banner berikut:






Jadi mari sertainya. Jangan lepaskan peluang untuk berjumpa blogger yang mungkin ampa tak pernah jumpa tapi hanya bersua di blog sahaja.

Kalo ampa nak join, boleh sahkan kehadiran ampa.


Kalo ada apa-apa hal boleh contact

Cik GKSB - 019-4446535

Pak cu Sofi - 017-4857958
----------------------------------------------------------------------------------------
p/s - entri tiru sebijik-sebijik dari belog pakcu yang pakcu tiru sebijik - sebijik dari blog Cik GKSB ;p

Thursday, June 2, 2011

sebagai perkongsian..

as'salam suma pengunjung ituaku@mel..

ermmm entry kali nih aku jus copy paste je dr salah satu komen dri blog Anuar Ibrahim...

so aku harap jgn ada salah paham.. aku just nk share bende ni atas rasa penyampaian ILMU yg ade dlm penulisan beliau sedikit sebanyak dpt menggerakkan kotak pemikiran kita..

jum suma2 baca...

TUAH DURJANA

Hang Tuah Yang Durjana
Hayatilah Riwayat Hidup Tuah Yang Amat Disanjung Oleh Orang-Orang Melayu Dulu Kini Dan Selamanya
Apakah Hebatnya Pemerintah Melaka Sehingga Tuah Tak Boleh Melanggar Segala Amanatnya ?
Apakah Tuah Takut Dgn Daulat Pemerintah ?
Adakah Daulat Itu Sama Kuasanya Dgn Mukjizat Seperti Yg Allah Pernah Anugerahkan Kpd Para Rasulnya ?
Apa Mulianya Pemerintah Melaka Sehingga Allah Menganugerahkan Kehebatan Daulat Tersebut ?
Selaku Seorang Yg Mengaku Beragama Islam Tuah Sepatutnya Tahu Bhw Manusia Perlu Takut Serta Tunduk Hanyalah Kpd Allah S.W.T
Adalah Menjadi Suatu Perbuatan Syirik Yg Besar Lagi Nyata Jika Pelakukan Melutut, Menyembah Serta Meratap Nasib Pd Mana2 Makhluk Allah termasuklah kepada Pemerintah Melaka.
Tuah Seorang Manusia Yang Penuh Dgn Segala Sifat Tercela..
Tidak Mempunyai Adab Serta Budaya
Ke Majapahit Membuat Onar Di Taman Larangan Istana ..
Mengoda Isteri Taming Sari Dgn Penuh Berahi..
Merampas Keris dari Pahlawan Majapahit Yang Bernama Taming Sari Dgn Segala Tipu Daya.
Gugurnya Taming Sari Di Tangan Tuah Penuh Bermaruah Demi Mempertahan Kesucian Isteri Tercinta..
Memperdaya Serta Melarikan Tun Teja Tunangan Megat Panji Alam Juga Dgn Segala Janji Manis, Tipu Muslihat Jahat Dan Ilmu Guna-Guna Yang Jelas Adalah Suatu Perbuatan Syirik Kepada Allah..
Atas Kehendak Nafsu Serakah Mengadai Tunangan Orang ( Tun Teja ) Kepada Sultan Yang Gila Berjimak demi Pangkat Serta Kuasa..
Demikianlah Sifatnya Si Tuah Yang tidak Pernah Sekali Pun Mengenal Yang Mana Halal Dan Yang Mana Haram.
Setelah Tunangannya Dilarikan Si Tuah
Sayugia Megat Panji Alam Pun Tampil Menebus Maruah..
Dikesah Sekitar Empat Ribu Orang Pahlawan Sanggup Berasamanya.. Demi Merampas Kembali Tun Teja Serta Menjaga Aib Kerajaan Pahang Yang Sudah tercela..
Setiba Hampirnya Mereka Semua Di Melaka..
Maka Disekat Oleh Jebat Tingkah Serta Pergerakannya..
Dengan Penuh Takzim Jebat Marafak Sembah, Agar Megat Panji Alam Tidak Menyerang Melaka..
Sesama Muslim Diharamkan Bersengketa
Adalah Lebih Baik Dihindarkan Segala Bencana..
Melihat keikhlasan Jebat Mempertahankan Ummah..
Nafsu Amarah Megat Panji Alam Kembali Beransur Kebah..
Redha Ia Dengan Ketentuan Allah..
Menitis Air Mata Keinsafan, Menyesal Ia Kerna Menurut Segala Hasutan Syaitan.
Mengapakah watak Megat Panji Alam Dihapuskan Dari Pusaka Bangsa..? – Tentu ada Muslihat Yang harus Kita Rungkai..!!
Tatkala Tuah Difitnah Oleh Segala Pembesar Yang Iri Hati Padanya Kerana Tindak-tanduk Tuah Yang Menjolok Mata Serta Pandai Bermuka-muka Di Hadapan Paduka Raja Guna Untuk Menguasai Seluruh Kekuasaan Melaka, Baginda Sultan Pun Menjatuhkan Hukuman Bunuh Ke Atas Tuah Tanpa Usul Periksa Kononnya Tuah Memanjat gudik Raja.
Sayugia Tampil Jebat Menuntut Bela Demi Menegakkan Keadilan, Tuah Wajib Dibicara Mengikut Perundangan Islam Sesuai Dengan Hukum Kanun Negeri Melaka ( Hukum Syariah ) Ketika Itu.
Maka Gegak Gempita Seluruh Istana Tika Jebat Mengatakan Saksi Yang Melihat Tuah Keluar Dari Kamar Gundik Raja Adalah Saksi-saksi Yang Fasik Dan Tidak mengikut Syarat yang Ditetapkan Oleh Agama.
Tuah Seorang Yang Munafik… !!!
Si Tuah Durjana Juga Sanggup Membunuh Jebat Dgn Tipu Daya..
Si Jebat Pembela Keadilan Terbunuh Kejam Di Tangan Tuah Yang Gila Kuasa Dan Nama
Selaku Anjing Raja Tuah Sanggup Membunuh Siapa Saja..
Segala Titah Terjunjung Di Atas Batu Jemala.
Sudah Menjadi Resminya Dunia..
Manusia Jahil Menilai Permata..
Jebat Penegak Keadilan Dituduh Durhaka…
Si Tuah Tamak Haloba Disanjung Serta Dipuja..
Pemerintah Tertinggi Melaka Arahkan Usaha..
Dicari Pembesar Serata Melaka..
Disuap Dengan Pelbagai harta Supaya Dapat Mengadu Domba..
Keburukan Jebat Harus Diusaha Dengan Alasan Ia Durhaka…
Keperibadian Tuah Wajib Dicerna Serta Dicakna Konon Terpuji Sebagai Laksamana.
Tidak Ia Durhaka Kepada Raja, Bangsa Serta Agama..
Agar Nanti Rakyat Tidak Bangkit Menuntut Bicara… !!!
Maka Segala Pembesar Yang Arif Lagi Bijaksana
Duduk Bermuafakat Mencari Jalan Mereka Cerita..
Dibuat Fitnah Kononnya Jebat Bermukah (Berzina )
Di Dalam Istana Raja..
Dang Baharu Dijadikan Mangsa
Sedangkan Dang Baharu Telah Lama Berbadan Dua
Sebelum Terjadi Segala Peristiwa
Mereka Dinikahkan Oleh Datuk Paduka
Disaksikan Tuah Kekanda Tercinta..
Kerana Pangkat dan Harta Tuah Melupakan Segala-galanya
Tergamak Ia Membunuh Saudara Sendiri Agar Memperolehi Segala Yang Dihajati..
Di Usia Tuanya, Si Tuah Tetap Juga Haloba mengejar Pangkat Dan Darjat, Walaupun Nyawanya Sudah Teramat Singkat, Dikuatkan Kudrat Menjunjung Segala Amanat..
Nafsu Kebawah Duli Senantiasa Meningkat Dan Tidak Mampu Disekat-sekat, Kepada Puteri Gunung Ledang Tuanku Berhajat..
Diperintahkan Tuanku Akan Tuah Bersama Tun Mamat.. Agar Puteri Gunung Ledang Dapat Segera Dipikat, Bagi Melepaskan Segala Dendam Berahi Yang Teramat Sangat..
Di Kaki Gunung Ledang Tuah Kecundang..
Usia Tuanya Menjadi Penghalang.. Tenaga Serta Kudrat Semakin Menghilang.. Tiada Mampu Lagi Ia Menawan Puncak Ledang..
Rasa Sedih Bukan Kepalang Kerana Cita-Citanya Mengejar Apa Yang Dihajat Akan Terhalang..
Perasaan Takut Dan Bimbang Datang Berselang..
Mungkin Tun Mamat Akan Menyilang..
Adakah Tun Mamat Akan Berpeluang Dan Tun Mamat
Setelah Pulang Akan Dijulang Kerana Berjaya Pergi Meminang..
Teringat Segala Pesan Hang Jebat Sebelum Ajalnya Menjelang Tiba Ketika Berusaha Membalut Luka
” Bangsaku Harus Berani Menegakkan Keadilan.
Peristiwa Ini kan Berulang Lagi Di Suatu Masa…
Benang Tenunan sejarah Pastikan Terbuka…
Janganlah Kita Alpa..
Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah..
Jadikan Perjuanganku Ini suatu Pengajaran
Teringat Juga Kata-Kata Hang Tuah..
” Tak kanMelayu Hilang Di Dunia ”
” Pantang Melayu durhaka Kepada Rajanya ( Pemerintah ) ”
” Tak Guna Berpencak Silat Jika Maruah Kita Duduknya Di Bawah Telapak Dan Kerja Kita Hanya Sebagai Penjilat..”
Salahkah Jebat Menuntut Bela ?
Salahkah Jebat Menegakkan Hukum ?
Yang Mana Lebih Tinggi ?
Perundangan Islam (Allah ) Atau Kuasa Raja ( Manusia )?
Bukankah Merurut Perundangan Islam Hutang Darah Dibalas Dengan Darah..
Ke Mana Hilangnya Watak Lekir, Likiu Serta Kasturi..??
Tidak Adakah Di Antara Mereka Bertiga Yang Sanggup Membela Kematian Jebat..??
Orang Melayu Ini Mudah Dipikat Dan Dijerat…
Dianugerahkan Emas Dan pangkat Maka Berpaling Tadahlah Ketiga2 Hulubalang Keparat… !!
Ke Manakah Jua Hilangnya Suara2 Ulama Yang Gah Kononnya Melaka Pusat Perkembangan Islam Di Rantau Sebelah Sini…
Sebenarnya Ulama2 Di Waktu Itu Juga Telah?Dijamu Dgn Segala Kemewahan Duniawi..
Setelah Kemangkatan Jebat Negeri Melaka Penuh Dgn Segala Kemungkaran..
Para Pembesar Melayu Begitu Rakus Melakukan Segala Rasuah Serta Pecah Amanah..
Kerajaan Melaka Bermewah2 Dan Melakukan Pembaziran, Mengutip Ufti Yang Tak Sudah-Sudah..
Hasil mahsul Negara Berlegar-legar Dikalangan Pembesar dan Pemerintah..
Rakyat Jelata Diumpamakan Sebagai Sampah..
Pemerintah Serta Pembesar Melaka Memuaskan Segala Nafsu Serakah
Menindas Serta Memeras Ugut Rakyat
Kejadian Penculikan Anak Dara Serta Merampas Isteri Orang Berleluasa Sehinggakan Rakyat Sentiasa Hidup Dalam Ketakutan..
Kerana Tiada Seorang Pun Rakyat Melaka Yang Berani Tampil Menentang Pemerintah..
Namun Nasi Telah Menjadi Bubur..
Jebat Tak Mungkin Bangkit Kembali Dari Kubur..
Barulah Rakyat Sedar Akan Kehilangan Jebat Yang Sanggup Membelakangkan Adat Demi Menegakkan Keadilan Dan Kesejahteraan Ummah..
Sejarah Sentiasa Berulang… !!!
Bila Berlakunya Kerosakan Akhlak Serta Kemungkaran Di Peringkat Tertinggi Kerajaan Islam..
Maka Bala Allah Pun Sampai..
Sama seperti Runtuhnya Empayar2 Islam Yang Tedahulu..
Melaka Di Serang Portugis Pada Tahun 1511..
Di Kala Pemerintah Dan Pembesar2 Melaka Leka Dalam Segala Kenikmatan Dunia Yang Sementara..
Peristiwa Yang Paling Tragis Dan Menyayat Hati Dalam Sejarah Rantau Asia Tenggara..
Perairan Selat Melaka Umpama Lautan Yang Terbakar..
Serangan Bertalu-talu Dari Meriam Serta Soldadu Portugis Yang Meruntuhkan Keagungan Empayar Islam Melaka Dari Malam Hingga Ke Dinihari Sehingga Tidak Terdengar Laungan Azan Subuh Petanda Islam Dijajah Kuasa Kuffar..
Sebagai Mana Jatuhnya Empayar Abbasyiah Di Sepanyol Dahulu Begitulah Kerajaan Melayu Melaka Tersungkur Menyembah Kaki Portugis Dgn Penuh Kehinaan Kerana Maksiat Dan Kemungkaran Yang Bermaharajalela Di Kalangan Para Pemimpin Lalu Didiamkan Oleh Para Ulama Istana Kerana Takut Kehilangan Pangkat Dan Jawatan Mereka..
Semuanya Ini Angkara Rakyat Yang Sanggup Bersekongkol Dgn Kekejaman Pemerintah Dan Juga Ulama2 Kerajaan yang Menutup Mata Serta Membiarkan Segala kemungkaran Tersebut Berleluasa Kerana Taat Terhadap Pemerintah Bukannya Takut Kepada Allah..
Tentang Ilmu Yang Penuh Di Dada Tuah Tidaklah Aku Arif
Tapi Jika Ilmu Agama Yang Tuah Amalkan Sudah Tentu Tuah Tidak Akan Berani Melutut Serta Menyembah Kpd Makhluk Allah Seperti Pemerintah Melaka Kerana Perbuatan Itu Bisa Merosakkan Akidahnya Selaku Umat Islam..
Memang Aku Bernafsu Demi Menegakkan Kebenaran Mcm Jebat
Bukannya Bernafsu Duniawi Seperti Tuah Yg Mudah Tersilau Dgn Sirna Kemewahan Harta Dan Pangkat Serta Keselesaan Hidup..
MELAYU HARUS MENUKAR WIRA BANGSANYA… !!!
Nampaknya Darah Serta Semangat Melayu Yang ” Pantang Dicabar ” Itu Cuma Omongan Kosong Penyedap Cerita.. Kerana Masyarakat Kita Telah Tersalah Mengangkat Tokoh Bangsa.. Hang Tuah Yang Taat Membabi Buta, Pendendam, Tamak Haloba, Bernafsu Terhadap pangkat Dan Kemewahan Duniawi, Bersikap Iri Hati, Bacul Serta Berjiwa Hamba Telah Diangkat Sebagai Wira Bangsa..!!!
Natijah Yang Harus Kita Terima Sekarang Adalah Anak2 Bangsa Yang Lemah Tidak Bersemangat, Berjiwa Hamba Serta Taat Dan Tunduk Melulu Membabi Buta.. Selagi Tuah Diangkat Sebagai Wira Bangsa Selagi Itulah Bangsa Melayu Akan Menjadi Hamba… Sebagaimana Dayusnya Hang Tuah Begitulah Jugalah Dayusnya Melayu..!!
Tidak Berani Menentang Pemerintah Yang Zalim..
Malah Tunduk Menyembah Serta Melutut Terhadap Pemerintah..
* Diharapkan Akan Lahir Cerdik Pandai Melayu Yang Akan Berani Membongkar Kembali Segala RiwayatDanKehebatan Megat Panji Alam Serta Ginius Melayu Iaitu Tun Perak Mereka2 Inilah Sepatutnya Dinobatkan MenjadiWira Bangsa Melayu..
Bukannya Si Tuah Durjana…

okies la suma2...
jumpa lg nnti..
as'salam.

Saturday, May 28, 2011

meLALAT..

as'salam suma pengunjung ituaku@mel..

ermmm semenjak 2 3 menjak ni mood nak update dah kureng..
rasa nk berblogging pon dah maleh...

ermmm...nk cita apapon da x da idea...

meh la jemput suma layan nih...



yg ni pon nk enterframe gak la...





suma2 photo ni di tembak dgn mggunakan kit lens..18-55mm.. klu guna macro hasil dia x tau la cammna... diedit ngn mggunakan KEDAIGAMBAR cs3 untuk brightness & contrast..

okies suma2,
as'salam jumpa lg nnti..

Monday, May 23, 2011

Fothografi dlm perspektif islam...

As'salam suma wat pengunjun ituaku@mel....

N3 kali nih aku just nk share something yg aku jumpe mase lepak2 kat salah satu group yg aku follow DSLRMalaysia kat FB..

jemput suma2 baca ek....

sekadar hiasan.
MELALUI gambar kita cepat mengenali seseorang, lebih-lebih lagi dari sudut wajah yang bukan saja memantulkan ketampanan dan keayuan, malah melukiskan watak serta sikap individu terbabit. Bagi sesetengah pihak seperti selebriti dan ahli politik, gambar memainkan peranan penting khususnya dalam meraih populariti, tetapi pada masa sama, gambar juga men jatuhkan maruah seseorang dalam sekelip mata. Secara umum gambar adalah satu medium komunikasi yang sangat berpengaruh dan kerana itu hari ini kita dibanjiri dengan pelbagai jenis dan bentuknya, termasuk yang bersifat fitnah, kurang sopan dan berunsur lucah. Bagaimanapun, Islam mengharamkan gambar kurang sopan dan berunsur lucah, tidak kira ia datang dalam bentuk apa sekali pun, sama ada hasil daya kreativiti melalui kemahiran tangan, media cetak mahupun elektronik. Tetapi apakah pengharaman mengenainya terhenti setakat itu saja? Bagaimana dengan yang lain, misalnya gambar dihasilkan melalui teknik fotografi, lukisan potret, anak patung mainan dan ukiran berupa makhluk?


Al-Bukhari dan Muslim ada meriwayatkan hadis daripada Aisyah r.a yang berkata: “Rasulullah s.a.w kembali dari pelayaran dan saya menutup sehelai kain di dinding yang padanya ada gambar lukisan.
“Apabila Rasulullah s.a.w melihat gambar itu, serta-merta bertukar warna wajahnya, lalu berkata: ‘Wahai Aisyah! Se berat-berat seksa yang diterima oleh seseorang daripada Allah pada hari kiamat ialah orang yang
cuba meniru rupa makhluk Allah.’
“Selepas mendengar ancaman Rasulullah itu saya pun mengambil kain lukisan itu dan saya potong-potongkan untuk dijadikan kain alas bantal.”
Menurut Abdullah Nasih Ulwan dalam buku Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, hadis terbabit menunjukkan peng haraman gambar dan patung, sama ada ia berbentuk, ber bayang, dibuat untuk diagungkan atau tidak kerana semua itu penyerupaan dengan penciptaan Allah.



Cuma, katanya, yang dikecualikan daripada gambar tadi iaitu melukis gambar seperti pohon dan rumah iaitu yang tiada roh padanya.

Ini sebagaimana diriwayatkan al-Bukhari daripada Said bin Abul Hasan, katanya: “Pernah pada suatu hari aku berada di majlis Ibnu Abbas r.a, tiba-tiba datang kepadanya seorang lelaki lalu berkata: ‘Hai Ibnu Abbas! Sesungguhnya aku ini, mata pencarianku daripada kerja seni tanganku dan aku membuat gambar-gambar dan patung-patung itu, apa ka tamu?’



Lalu Ibnu Abbas menjawab kepada orang yang bertanya itu: “Aku tidak akan memberitahumu melainkan apa yang aku sendiri mendengar daripada Rasulullah s.a.w sebagai ja wapanku.

“Aku mendengar baginda berkata: ‘Sesiapa yang meng gambar suatu gambar (patung yang berjisim), sesungguhnya Allah akan menyeksanya sehingga dia dapat meniupkan roh padanya sama sekali.’”
Mendengar jawapan Ibnu Abbas, orang itu kelihatan sangat gelisah kerana tidak senang mendengar jawapan terbabit dan berasa tersinggung.

Ibnu Abbas berkata lagi kepadanya: “Celaka engkau! Ki ranya engkau mesti menggambarkan atau melukis juga, buatlah gambar-gambar pepohon, gambar pemandangan dan apa saja gambar yang tidak mempunyai roh.” (Hadis riwayat Bukhari)



Menurut Abdullah, dibenarkan juga daripada jenis patung permainan untuk kanak-kanak kerana tiada padanya tujuan untuk mengagungkan atau menimbulkan bangga diri dan sombong.


Ini sebagaimana diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim da ripada Aisyah, Ummul Mukminin r.a yang berkata: “Dahulu pernah aku bermain anak-anak seperti juga anak-anak pe rempuan yang lain di sisi Rasulullah s.a.w.
“Kemudian datang kepadaku teman-temanku dan mereka sentiasa bersembunyi daripada Rasulullah s.a.w kerana takut kepadanya, padahal Rasulullah berasa gembira melihat me reka datang untuk bermain-main denganku.”



Di dalam riwayat Abu Daud pula, Nabi s.a.w berkata kepada Aisyah suatu hari: “Apa ni?” Jawab Aisyah: “Ini anak-anak perempuanku.” Kata baginda lagi: “Apa yang di tengah-te ngah ini?” Jawabnya: “Kuda.”
Tanya baginda: “Apa ini yang di atasnya?” Jawabnya: “Dua kepak.” Kata baginda: “Kuda ada dua kepak?” Jawabnya: “Apakah kau tidak pernah dengar yang (Nabi) Sulaiman bin Daud ada kuda yang berkepak?”
Nabi s.a.w pun ketawa geli hati, sehingga kelihatan gigi-gigi gerahamnya.”


Asy-Syaukani berkata: “Ternyata dari hadis ini ada dalil yang membolehkan kita memberikan anak-anak kecil patung permainan yang berupa, umpamanya bentuk pengantin suami isteri.”
Tetapi Imam Malik meriwayatkan pula, makruh bagi orang lelaki membelikan anak patung untuk anak perempuannya.

Al-Qadhi Iyadh berkata: “Bermain anak patung yang ber bentuk anak perempuan untuk anak perempuan adalah harus.”

Abdullah berkata, antara hal yang menarik perhatian kita, apabila gambar ini bertujuan bukan untuk dibesar-besarkan dan tidak sempurna bentuknya, ia halal dan boleh di manfaatkan.


Mengenai gambar dengan alat fotografi, iaitu kamera, beliau mengatakan secara menyeluruh termasuk dalam nas yang mengharamkan, melainkan gambar yang wajib dan memang ketara kebaikannya.
Ini seperti gambar untuk kad pengenalan, pasport, gambar orang jahat dan orang yang dituduh disebabkan semua ini termasuk dalam kaedah umum yang mengatakan darurat itu mengharuskan yang dilarang.
Bagi Pensyarah Kanan di Institut Islam Toronto, Ontario, Kanada, Sheikh Ahmad Kutty, fotografi sebagai medium komunikasi tidak jatuh dalam kategori gambar yang di larang.
Menurutnya, Nabi s.a.w memang mengutuk orang yang membuat gambar dan ukiran yang melambangkan patung kerana ia membawa kepada syirik, selaras dengan kaedah usul fiqah (prinsip perundangan Islam) sesuatu yang membawa kepada haram ia adalah haram.



Tetapi, katanya, fungsi fotografi hari ini tidak jatuh kepada kategori terbabit, malah sesetengah ulama yang dahulunya mengecam keras fotografi kemudian menukar posisi terhadap hukum berkenaan.
“Malah, mereka juga membenarkan gambar mereka diambil untuk disiarkan dalam akhbar, syarahan melalui rakaman video dan pembentangan.
“Sebelum ini mereka hanya membenarkan dalam kes pengecualian seperti urusan pasport, lesen memandu dan sebagainya.


“Perubahan pandangan mereka terhadap fotografi adalah berasaskan penilaian mereka ke atas peranan fotografi,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, seseorang tidak boleh membuat kenyataan yang semua fotografi adalah halal (dibenarkan).

“Ia bergantung kepada penggunaan dan fungsinya. Jika ia untuk tujuan pendidikan serta tidak dicemari dengan tujuan sanjungan dan penyembahan, ia tidak dilarang,” katanya.
Sementara itu, menurut Dr Yusuf al-Qardhawi, melalui bukunya Halal dan Haram Dalam Islam, menghasilkan gambar dengan alat fotografi (kamera), yang paling dekat dengan jiwa syariat Islam dalam permasalahan ini ialah dibolehkan dan jika tidak pun hukumnya jatuh makruh.

“Itupun kalau gambar yang diambil tidak termasuk gambar yang diharamkan oleh Islam seperti gambar yang me nampakkan tempat sulit kaum wanita atau lelaki yang boleh menimbulkan fitnah atau menggambarkan lelaki sedang bercium-ciuman dengan wanita atau seumpamanya,” katanya

























Saturday, May 21, 2011

ketagih....

as'salam suma2 wat pengunjung ituaku@mel..

mood: bosan..

kali ni aku just nk cita psal nih ja.
tembak2 aku kat area bukit bintang sampai kul 4 pg..

jum layan suma2..

seniman jalanan HDR sephia mode


okies suma2.. 

jumpa lg..as'salam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...