Followers

Monday, January 31, 2011

Doakan kesejahteraan saudara kita...

Assalamualaikum sume sahabat blogger...

N3 aku kali ni x de mende sgt pun just aku cume nk panjangkan lagi penyampaian dri slah satu site aku aku follow ni...I Love Being a Muslims..

Buat sume sahabat yg ber Agama islam aku ingin mngajak korang sume untuk kite sesame berdoa agar
Sume Saudare islam kite yg berada di mesir skrg ni berada dlm keadaan Selamat hendaknye...
Let's make Dua for Egypt and all Muslims worldwide. May Allah Subhanna wa Ta'Ala ease their conflicts and forgive the transgressors. AMIN
Mudah2an sume Doa2 saudare sekalian dimakbulkan Allah hendaknye..
Amin..Assalamualaikum..

Sunday, January 30, 2011

di mana undian kita?

Assalamualaikum sahabat blogger.......

Artikel yg aku terbace dari update kelab anak kedah tentang kajian ygdi buat dari salah satu website di jerman.
aku try g kt link yg they all bg http://www.tagesschau.de/inland/wulffrede112.html..
aku pun tgk...
disebabkan aku x pandai bahse jerman nih aku try la translate kan perkataan die...

 dari ape yg aku paham kt sini kajian ni di buat bagi menentukan samaade Agame Islam itu layak atau tidak untuk berada di jerman...

kebanyakannya peratusan tidak bertuju adalah lebih byk di undi...
ni la peratusan terbaru yg aku tgk sblm aku wat N3 nih...
jadi tujuan entry aku kali ni just nk mengajak korang sesame mnyokong agar dapat menaikkan peratusan setuju agar agame Islam dpt bertapak di jerman..
contoh untuk mengundi setuju ade kat pic atas skali...


jadi jom sesame kite g kt link yg aku bg ni dan klik kat ape yg patut...

thanks..Assalamualaikum sume..

Saturday, January 29, 2011

citer pengalaman aku di lubnan (Peacekeeping Mission) eps 1.

Assalamualaikum wat sume sahabat blogger...

1st off all syukur alhamdulillah aku dah selamat sampai dan dah selamat wat urusan pentadbiran ngn 
family aku...

N3 aku kali ni x de mende sgt pun just nk kongsi sdikit sbyk pengalaman aku semase wat misi pengaman di Lubnan start dari bulan Dis 2009 sampai la aku blik Msia blik pada hari jumaat 21hb 1 2011...
Perghhhhh....mcm2 perasaan ade seronok sedih suke duke sume ade...
aku pn x tau nk gambarkan mcm mne...
Bermula Dari Rejimen TUDM di Banting..



Baru lepas Menembak..cuci senjata
mase nih masih tgh enjoy g.. coz masih lg dalam kawalan TUDM..tapi x lame training kt Rejimen dlm sebulan je aku kat Rejimun TUDM Banting...
Abis kat rejimen aku g kat Port Dickson lak lpas tu untuk joint Training ngan sume perkhidmatan...ATM.

Bersambung...

citer aku kat port dickson lak lpas nih..

Assalamualaikum...

Tuesday, January 25, 2011

Sebarkan perkara ni...........

Assamualaikum buat semua ,rakan2 sekalian

N3 aku kali nih x de mende sgt pun actually....

1st of all just nk bg tau aku actually dah selamat sampai & dah selamat berjumpe dgn sume family tersayang...

2nd mase aku tgh cx2 kat FB aku ade jumpe satu kempen nih..

Buka komputer/laptop anda pada direktori

C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10, cari gambar bernama J0285926

Anda akan temukan gambar
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
V
Lambang/bendera zionis Israel lengkap (persis dengan warna aslinya) dengan lilin
(sarana ibadah Mereka).

HAPUSKAN !!! Gambar tersebut ada disemua PC di seluruh dunia.

SEBARKAN SEMAMPUNYA.

Wednesday, January 19, 2011

Salam Perpisahan....

Assalamualaikum....

Wat sume sahabat Blogger....

N3 kali ni x de cite pape pun. cume nk ucap selamat tggl kat bumi Anbia je...
Selame 9bulan aku kt cini mcm2 pengalaman aku dapat...
ade yg best ade yg x best..

Bendera Negara Lubnan
hari ni 19 Jan 11 tinggal bape jam je lagi aku dh nk berangkat balik ke tanah air pada
jam 9.30pg  20 Jan 11 lebih kurang
kul  3.30 ptg 20 Jan 11 waktu Malaysia aku akan berangkat untuk keluar dari kawasan misi di
Selatan Lebanon ni menuju ke Beirut dan setrusnya akan terus ke Lapangan Terbang rafik Hariri RHIA.

Dijangka tiba di Malaysia pada 21 Jan 11 kul 100 pg. Tempat berkumpul di Kem TUDM Subang...








Buat sume sahabat Blogger mintak maaf bebanyak coz mungkin aku akan bz sikit dan x leh nk on9..
tapi aku harap kt korang sume dapat lah melawat kt blog aku ni ye...
mohon tinggal kan jejak korang..InsyaAllah lpas dari sume kesibukan aku nnti..aku akan balas lawatan korang balik ye....

Akhir sekali aku nk ucapkan Salam Perpisahan buat sume sekali dan Ribuan terima kasih kat sume..


Tuesday, January 18, 2011

Mengapa Yahudi Bijak...

Assalamualaikum sume sahabat blogger...

N3 aku kali ni sekadar nk memanjangkan lg maklumat yg aku bace ni...
aku rase artikel cukup bagus untuk di kongsikan bersama...jom bace sesame...

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya?perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi,?dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor.?

Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi?begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana??Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda?tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data?tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya?perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik?bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau?tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau,?adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi?genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa?merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu ,?dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang,?menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan?dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan?untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama?perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut?mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah?Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan,?ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda?keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel?utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab).?Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar?rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam,?diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa?iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain?musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum?Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan.?Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !.?Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi?keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping?mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa?senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang?perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan?lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian?seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ? perniagaan didunia! Siapakah yg?mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka?ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya?menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk?nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah).?Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!


Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja)?jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan?anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman?di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti?perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah,?barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa,?beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi?konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak,?menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih?anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada?tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak?rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti?Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segipembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi?pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja?Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau?asaprokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat?disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri??

Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia??Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman?Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan?cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah?saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang?5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!?

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Sumber dari > Dr. Stephen Carr Leon
 

 

 

Monday, January 17, 2011

Start the journey on 20 Jan 2011..Soldier Coming Home....

Assalamualaikum sume sahabat Blogger....

N3 aku kali ni x de mende ape pun just nk melayan perasaan yg bercampur baur ni je.....
Happy pun ade sedih pun ade... Sejak 9bulan lalu aku dah stay kt bumi Anbia..
bertugas di misi pengaman di bawah panji2 PBB  United Nation
Interim Force In Lebanon (UNIFIL)...

kini tinggal x bape hri je lagi aku nk balik byk pengalaman aku kt cini.......


ni ade lah sebahgian dari geng2 aku yg stay sesame kt cini.........
perghhhh.pic macam Mission To Mars dah aku tengok..hasil dri Editing mmber yg baru
belajar menjahanamkn pic kt photoshop...

antare yg terlibat same dlm pic ni adelah..MAPIAU/PERMATA IBU/ANKPHG/COMPUTER..
sahabat blogger aku dan sifu2 blogger aku...
dan pic ni lak...jeng...jeng...jeng.... ni lah geng2 TUDM yg terlibat dalam misi UNIFIL nih.......
sume sekali seramai 30org dari 440org yg ikut serta misi nih....

dan bg menambahkan lg mood nk balik nih....korang leh la dgrkn lagu ni enjoy sesame nk
nyanyi skli pun x pe....

 video
ok lah sume sahabat......

p/s

Maaf aku still gune N3 yg same kali ni...
just nk remindkn aje...
hri ni bermulalah perjalanan aku balik MALASIA....
buat sume sahabat Blogger doakan agar selamat perjalanan kami untuk pulang ke tanah air..
Ribuan terima kasih atas doa2 kalian semua....
Assalamualaikum....

Saturday, January 15, 2011

ya Allah jauhkan aku dari sifat2 demikian....

Assalamualaikum semua sahabat blogger......

N3 aku akli ni x de mende pun just nk saling mengingatkan je.... mungkin ade antara2 sifat2 ni ade dlm hati kite yg bernama manusia ni...


dan dengan itu aku ingin gak berpesan-pesan kat diri aku ngn semua sahabat agar kita sama2 di jauhkan dari perasaan Ujub di zaman Moden ni... mudah2an Allah sentiasa melindungi kita dari sifat2 demikian....

Kita selalu dengar tentang ujub. Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud takjub dengan diri sendiri. Ujub merupakan titik tolak kepada penyakit hati yang lebih besar seperti riak (menunjuk-nunjuk) dan takabbur (membesarkan diri sendiri). Sifat-sifat ini tidak layak ada pada manusia.


Hanya Allah SWT. sahaja yang layak memiliki sifat ini kerana Allah-lah yang mencipta sekalian alam dan pemilik segala kekuatan. Maka, tidak salah bagi Allah SWT. untuk merasakan diri-Nya hebat, menunjuk-nunjuk kehebatan-Nya, dan mengagungkan diri-Nya.

Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat. Contohnya, seseorang itu berasa ujub apabila dia berdoa lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sujud lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sedekahnya lebih banyak daripada orang lain. Mudah cerita, bisikan yang terlintas di hati berbunyi seperti "Uishh... aku sujud lebih lama daripada dia...".

Perkembangan pesat teknologi di zaman ini menjadikan penyebab penyakit hati juga turut maju selaras dengan perkembangan semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama-sama pesakit dan mengikuti perkembangan dunia. Berikut merupakan sedikit sebanyak contoh-contoh ujub atau riak yang telah wujud di zaman moden.

1. Blog dan "Followers" Kebiasaannya perkara ini hanya menimpa dikalangan "blogger". Mereka berisiko untuk merasa diri hebat apabila ramai peminat ataupun "followers" yang mengikuti blog mereka. Ribuan atau ratusan "followers" menyebabkan diri terasa hebat dan dikenali ramai. Tidak salah untuk kita berasa seronok dengan ramainya "followers". Tetapi seronok atas dasar apa? Seronok kerana dapat mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan "followers" atau seronok kerana melihat JUMLAH "followers" yang banyak?

2. "Like" di Facebook Post "status" di laman sosial facebook. Ramai pula yang tekan "like". Apabila ramai yang "like", mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman Facebook dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas! Tidak salah untuk merasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai merasa riak dan berbangga dengan diri sendiri.

3. Komen di Facebook Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindakbalas yang memberangsangkan pada "post" kita di Facebook. Apabila ramai sangat, mungkin bibit-bibit perasaan ujub akan mula lahir.


4. Komen Gambar di Facebook. Perkara ni mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak, ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian, mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.

5.. Ramainya Kawan atau Peminat di Facebook. Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk berasa riak. Ramai bilangan rakan maya di facebook juga membolehkan perasaan ujub diterbitkan. Itu baru kawan, apatah lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu, malahan jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut, mungkin perasaan ujub akan muncul. Hati-hati!

6. Berdakwah di Facebook. Mungkin ramai kawan kita yang merapu di Facebook. Sebagai orang yang merasa dirinya wajib untuk berdakwah, maka Facebook dijadikan medan untuk berdakwah di tengah-tengah rakan Facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil kerana tidak merapu sedangkan yang lain banyak yang merapu.

Apa yang dibimbangkan di sini, apabila kita berdakwah, kita turut akan berbangga dengan apa yang kita lakukan. Awas, wahai da'ie!

Jadi, berhati-hatilah dengan hati! Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit-penyakit hati ini. Ingatlah bahawa, setiap apa kebaikan yang kita lakukan semuanya adalah daripada Allah jua. Kita tiada hak untuk merasa ujub kerana tanpa izin-Nya ia tidak mungkin akan berlaku. Kembalilah apa jua pujian itu kepada Allah.

sumber dari iluvislam

Assalamualaikum...



 
 
 
 
 
 

Friday, January 14, 2011

Dunia dan akhirat ibarat seperti isteri muda dan isteri tua

Seorang ahli hikmah berkata: “Dunia dan akhirat seperti isteri muda dan isteri tua, jika kita lebih mencintai istri muda, maka istri tua akan membenci kita” 
Allah subhanahu wa ta’ala bercerita tentang kisah pecinta dunia dan pecinta akhirat:
Maka keluarlah Karun kepada kaumnya dalam kemegahannya. Berkatalah orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia:

Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Karun; sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar”. Berkatalah orang-orang yang dianugerahi ilmu:

Kecelakaan yang besarlah bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal saleh, dan tidak diperoleh pahala itu, kecuali oleh orang-orang yang sabar”(Al-Qashash: 79,80) 

Kalau kita tawarkan kepada anak umur 2 tahun untuk memilih aiskrim atau wang 1 juta, hampir dapat dipastikan anak tersebut akan memilih ais krim, mengapa demikian?
padahal wang 1 juta jauh lebih berharga dari  aiskrim!? Hal itu karena anak kecil tidak mempunyai ilmu sehingga tidak dapat mengerti keutamaan dari wang 1 juta dibanding sekedar aiskrim. Ahli dunia mencurahkan seluruh potensinya, waktunya, tenaganya, seluruh daya upanya dikerahkan untuk mendapatkan sekadar “aiskrim”. Dan akhirat itu tidaklah sebanding dengan sekedar wang 1 juta,

Wal aakhiratu khoiru wa abqaa”

(Al-A’laa: 17), “Sedangkan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal”. 

Allah subhanahu wa ta’ala berpesan:

Dan bersabarlah kamu bersama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.

(Al Kahfi: 28) 

Wallahu`alam

pic hitam putih paling cool...

Assalamualaikum sume sahabat blogger......

n3 kali maleh nk citer ape2 dah. cume nk joint contest ni jer.
pic hitam putih paling cool daripade ni ha korang klik kt link ni kat cini ..

syarat-syarat penyertaan ni hah...

korang bace cini..

1.okay macam biasa korang kena jadi follower blog ni
2.letakkan banner contest ni kat sidebar sepanjang contest berjalan
& link kan ke blog ni
3.buat entry pasal contest ni dan berikan idea hadiah apa yang korang
nak kalau korang menang rm100? ?*ayat yang simple je tau!*
contoh : kalau saya menang , saya nak shawl banyak-banyak !
4.tag 5 kawan-kawan yang korang rasa mesti dia nak join !
5.tarikh tutup penyertaan : 1 mac 2011

Aku cube pertaruhkan pic ni yang ala2 poyo untuk mencube nasib..
.
.
.
.
v

harapan aku kalu menang....

(Mintak ngn organizer belikan satu set alat tulis komplete ngn kotak pensel dgn nilai RM100 tu.. xkire la bape byk dpt..than aku mintak tolong sedekahkan kat umah anak yatim berdekatan ngn tempat tinggal tuan nye contest..)

ni org yg kompom akan joint nye contest nih..
.
.
.
.
.





 ok abis...

Assalamualaikum sume....

Thursday, January 13, 2011

Kenape perlu hack..

Assalamualaikum suma sahabat blogger....

N3 aku kali nih just nk cite pasal x puas ati je ngn manusia yg salah gunakan kepandaian yg Allah bg kt dieorang...

bile dah pandai mule lah nk wat org lain susah...
contohnye mcm ni hah...

bukan pasal pic ni jahat ke pape aku nk cite...
pic kat atas ni adalah salah satu daripada blog kawan aku yg telah kena hack ni link die
abis sume kena remove..bukan setakat blog je yg kene remove, sume acc google die, fb sume abis...
Pepagi lagi mase aku dtg kije jumpe die die cite ngn aku...pasal blog die x leh buka....

aku pun try cx kan tp ape yg aku dpt ni hah....
hmmmmm....
aku pun x paham knape...bile kepandaian yg sedikit Allah bg kt kite perlu di salah gune...
knape kepandaian yg ade tu x digunakan dgn care yg betul...

aku harap sume sahabat blogger yg lain x kan di timpa malang yg same mcm sahabat aku nih...
& kalu ade diantara sahabat sume yg otai dalam intenet ni bole bg tunjuk ajar camner nk wat bg
selamat kit nye ac dari di godam boleh la kasi tunjuk ajar skit ye....
sesame kite berkongsi ilmu....

sebarang komen dan pendapat korang sume sahabat amat di alu-alukan...

Assalamualaikum......

Wednesday, January 12, 2011

follower aku yg ke 100

Assalamualaikum sume sahabat blog.....

n3 aku hri ni sbnarnye x de mende pun nk cite....cume aku rase syok sendiri je kt cini coz ari ni...
pepagi lg waktu aku kt cini aku cx kt aku nye blog follower aku dah bertambah menjadi 100 dah...
actually aku baru je lg men ngn blog nih....x sangke lak aku dalam mase yg singkat nih aku dah ramai kengkawan yg sudi mempollow blog aku nih....

kt citu ade bukti org yg bertuah tu.......

dan disebabkan beliau org yg bertuah menjadi follower aku yg ke100 jadi aku ingat nk bg sovienier skit ar kt die.... korang leh ar g melawat same kt link die nih ye.... klik cini

support la kami new blogger ni ye....
assalamualaikum....

Sunday, January 9, 2011

blog review

Asslamualikum suma sahabat blog....

N3 aku kali nih aku nk try gatal2 wat blog review yg mane ni la 1st time aku wat blog review...
actually ni la 1st time aku memandai wat review blog org...aku wat review nih bkn psal ape....
mase aku tgh jenjalan buat gangguan kt blog org aku terjumpe blog bih....
aku jd minat tgk blog ni sebab blog ni lebih kurang blog dakwah gak la....
tapi care die agak sempoi skit......


kalu korang x caye ni hah link die korang klik sendiri tegok.....

byk ilmu ade kt dalam nih....penyampaian dakwah yg bersahaje tp byk beri kesan kt pembace2 die....
kalu x silap aku blog ni nye umo pn lbih kurang ngn blog aku gak ar start activate thn 2010....
ok lah aku pn x tau nk cite ape g dah.... coz ni la 1st aku mnggatal memandai wat blog review org nye blog (bukan pasal awek ke ape...memandangkan aku pun dah kawin) tp jujur pasal penyamapaian dakwah die best tu jes....aku rase mcm berkesan klu bace n3 yg ade.......
buat sahabat sume kalu free2 tuh g la melawat blog ni ye.....


antare pic menarik kt dalam blog ni

support la kami2 ni yg baru g dlm dunie blogging nih.....
Assalamualaikum





Saturday, January 8, 2011

Sahabat Blooger..tolong panjangkan berita ni....


Buat sume sahabat blog... tambah2 yg ade ramai follower tu...
tolong panjangkan lg pencarian ibu kepada kanak2 ni...
mudah2an dgn bantuan sahabat sume memudahkan lg keluarga kanak2 ni...

klu ade ape2 info just info kt fmily die

melalui ac fb nih......

klik kt link nih.."Norazuin Munaji'

actually aku sekadar memanjangkan lg info pencarian kanak2 ni....

Insan Ingatlah


"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya
peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman"

(Surah Adz-Dzariat ayat 55).

Sahabat sekalian sesungguhnya.......

Petunjuk dan peringatan wahyu Allah SWT itu laksana air yang akan
menyburkan tanaman, air akan mendatangkan faedah hanya kepada
tanah yang subur, jika air disiram ke atas batu pejal pasti tidak
mendatangkan kesan. Demikian juga petunjuk dan peringatan Allah
SWT, ia hanya akan berguna apabila segala nasihat dan peringatan
itu jatuh kelembah hati yang lembut. Hati yang keras sama dengan
batu pejal yang tidak mungkin diresapi air, oleh itu hati yang keras
tidak mungkin dapat manfaat dari petunjuk dan peringatan wahyu itu..

di petik dari sebuah karya...
karangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat..
"Insan Ingatlah"
Sebuah panduan menuju hati yang tenang.....

http://www.nurfair.com/

Tuesday, January 4, 2011

KeAjaiban kandungan Al-Quran...

Subhanallah!

Ajaib tetapi benar!

Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran.
Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.  

berhati-hati dalam berbicara tentang Yesus,Jesus @ Isa Al-Masih

Assalamualaikum semua sahabat blogger......

Entry aku kali ni bukan sebab nk mencetuskan bab perKauman atau keAgamaan...
cume aku nk singkapkan di sebalik bende2 mcm ni bile korang terbace or terlihat bende2 ni...
sure korang tentu marah dan x puas hati.....
maka dengan itu korang akan melepaskan cakap2 tentang x puas hati korang....

pesanan aku kt sini korang bace ni...

hopefully ade ilmu yg korang dapat dari topik yg aku nk cite kan kali ni.........
same2 kite pikirkan dan pertimbangkan......

Kisah Rasulullah S.A.W & Pengemis Buta...


Sekadar Hiasan

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad,... dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan? Aisyah RA menjawab,“Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja”. Apakah Itu?, tanya Abubakar RA.“Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana”, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu? Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau). Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia….

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau 100%, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya. Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai Rasulullahmu. ..

Sadaqah Jariah salah satu darinya mudah dilakukan, pahalanya?

MasyaAllah.. ..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...